Artikel PilihanBuletin

SUBARU BRZ tS, TERIMA NAIK TARAF BREK DAN SISTEM SUSPENSI

Subaru Amerika telah mendedahkan satu lagi varian bagi model BRZ yang dinamakan sebagai tS, iaitu singkatan bagi “tune by STi”. Varian tS ini hanya ditawarkan dalam versi pacuan roda belakang sahaja menampilkan beberapa komponen naik taraf bagi menjadikannya lebih menyengat

Antara komponen yang diberi perhatian termasuklah naiktaraf sistem brek prestasi tinggi, sistem suspensi yang ditaa semula, dan juga beberapa lencana khas bagi membezakannya dengan varian BRZ yang lain. Model ini diperkenalkan di Subiefest Event di California pada 23 Julai 2023 dengan gambar serta spesifikasi yang terperinci

Sistem brek standard telah digantikan dengan menggunakan brek daripada jenama Brembo untuk roda depan dan belakang, rim 18 dengan rekaan yang berlainan dan sistem penyerap hentak talaan STI yang dihasilkan oleh Hitachi. Saiz rotor adalah sama dengan varian yang lain tapi menggunakan pelapik brek yang sama dengan varian Toyota 86 Performance.

Rotor brek menggunakan saiz 12.8 inci di roda depan, 12.4 inci di roda belakang, iaitu 1.2 inci dan 1 inci lebih besar berbanding dengan model GR86 dan BRZ yang standard. Sebaai rekod, Toyota GR 86 menggunakan penyerap hentak yang dihasilkan oleh Sachs, menjadikannya berbeza dengan penyerap hentak Hitachi untuk BRZ.

Untuk kemasan di bahagian luar, BRZ tS akan diberikan lencana khas pada bahagian jeriji depan dan juga pintu kargo belakang. Angkup brek diwarnakan dengan warna emas manakala rim 18 inci diberikan kemasan kelabu. Untuk bahgian dalaman, ruang dalam dihiasi dengan benang berwarna biru pada kusyen, logo STI pada unit push star button dan meter berwarna biru.

Unit trenkuasa tidak menerima sebarang pembaharuan dan kekal menggunakan enjin 2400cc 4 silinder Boxer dan varian ini hanya ditawarkan dalam varian transmisi manual sahaja. Selain daripada itu, varian tS juga menerima sistem ADAS Subaru EyeSight yang baru khas bagi transmisi manual. Untuk pasaran Amerika ia akan ditawarkan pada penghujung tahun 2023 dengan harga permulaan 30,000 USD.

Google ads
Back to top button