Buletin

BOON SIEW HONDA ANJUR KEMPEN ‘BELI HONDA VARIO DAN MENANG’

Boon Siew Honda baru-baru ini mengumumkan penganjuran kempen ‘BELI Honda VARIO DAN MENANG’

Dengan pembelian Honda Vario 160 dan Vario 125, pelanggan berpeluang memenangi dua tiket tayangan perdana filem MALBATT: Misi Bakara yang dibintangi oleh pelakon popular, Hairul Azreen.

Untuk makluman, tempoh kempen adalah bermula dari 13 Julai 2023 hingga 31 Julai 2023 dan pengumuman pemenang akan dibuat pada 2 Ogos 2023.

Pemenang bertuah bakal menyertai tayangan perdana yang akan berlangsung pada 8 Ogos 2023 di IOI City Mall, Putrajaya.

Untuk rekod, Honda Vario 160 dipacu oleh enjin 157cc 4-injap dengan teknologi enhanced Smart Power (eSP+), menghasilkan 15.15hp pada 8,500rpm dan tork 13.8Nm pada 7,000rpm.

Sementara Honda Vario 125 dijana oleh penyejuk cecair 4-lejang, 125cc Enhanced Smart Power (eSP) dengan keupayaan menghasilkan 11.5hp pada 8,500rpm dan tork 11.74Nm pada 5,000rpm.

Google ads
Back to top button