Motosikal

HONDA PERKENAL JENTERA MODEN KLASIK CB1100 EX

Nampaknya, genre motosikal moden klasik semakin diterima ramai. Justeru, Honda baru-baru ini memperkenalkan model terbaharunya, Honda CB1100. Jentera tersebut hadir dalam dua varian iaitu RS dan EX.

Disasarkan untuk pasaran Eropah dan Amerika Syarikat (AS), motosikal itu dijangka mula dijual pada Mei 2017.

2017 Honda CBR1100 EX

Sejarah model CB bermula pada tahun 1959 apabila Honda memperkenalkan model CB92 Benly dengan enjin silinder berkembar. Sejak itu, huruf CB sentiasa menjadi sesuatu yang istimewa buat Honda dan pemiliknya.

BACA: BOON SIEW PERKENAL SIRI HONDA CB500 2016!

Rangkaian model CB menjadi semakin popular pada tahun 1969 sebaik sahaja CB750 empat dilinder diperkenalkan dan terus diminati hingga ke hari ini. Pada tahun 2013, model old school ini bertukar menjadi new school apabila Honda menawarkan CB1100 ke pasaran AS.

2017 Honda CBR1100 EX

Bagi model tahun 2017, CB1100 EX terus menerima gaya retro bersama penambahbaikkan dari segi prestasi. Dihasilkan di kilang Honda di Kumamoto, proses pengeluarannya telah diubah untuk mengintegrasikan aspek teknologi dan kemahiran.

Ini bagi membolehkan motosikal itu dapat dihasilkan dengan penuh teliti dan dapat meneruskan warisan jentera CB yang sudah berusia berdekad-dekad lamanya.

2017 Honda CBR1100 EX

“Seperti model-model CB selebum ini, kami faham tentang keseronokan penunggang apabila menunggang sebuah motosikal empat silinder sebaris dengan enjin penyejukan udara yang evergreen.

“Dengan CB1100 EX, kami harap pemilik dapat menghargai dan memahami struktur motosikal tradisional ini,” kata Ketua Projek CB1100 EX 2017, Mitsunobu Imada.

2017 Honda CBR1100 EX

CB1100 EX tampil dengan perkadaran dan siluet sebenar jentera superbike 1970an. Reka bentuk tangkinya beralun, manakala meter berkembar mengingatkan kembali zaman kegemilangan motosikal Honda.

Elemen moden dapat dilihat pada lampu LED depan belakang dan rim lidi bersaiz 18 inci, ubah suai suspensi dan geometri, serta klac slipper. Sistem brek ABS hadir sebagai satu ciri standard. Manakala  bunyi enjin dihamburkan oleh dua unit peredam berwarna krom.

Datang dalam warna merah, Honda bagaimanapun masih belum mengumumkan berapakah harganya.

Google ads
Back to top button