Buletin

SUZUKI ERTIGA HYBRID CRUISE DIPERKENALKAN DI INDONESIA

Tidak dapat dinafikan, persaingan MPV di Indonesia cukup sengit dan senget. Setiap pengeluar utama mempunyai wakil dalam segmen MPV, sama ada liga utama mahu pun liga kedua. Dan umum mengetahui, jenama Suzuki Ertiga ini sudah cukup dominan di Indonesia semenjak generasi pertam lagi.

Generasi kedua Suzuki Ertiga ini kalau diikutkan sudah agak lama juga dalam pasaran Indonesia semenjak ianya diperkenalkan di Indonesia International Motor Show (IIMS) Jakarta 2018. Dan ianya diterima dengan agak baik ketika itu walau pun bersaing terus dengan MPV Toyota Avanza generasi kedua.

Dan bagi meneruskan kesinambungan jangka hayat Ertiga supaya tetap betah bersaing dengan rakan dari liga yang serupa seperti Veloz, Xpander, Xenia mahu pun BR-V baharu, maka sesuatu harus diperbuat walau pun hanya berdasarkan model sedia ada. Sebelum ini Suzuki Indonsia pernah menawarkan beberapa varian terhadap Ertiga ini termasuklah Ertiga XL7 dan juga Ertiga Suzuki Sport.

Dan bersempena dengan Indonesia International Motor Show (IIMS) Jakarta 2024, Suzuki Indonesia telah memperkenalkan edisi terbaharu yang diberi nama Suzuki Ertiga Hybrid Cruise dan ianya diposisikan sebagai varian tertinggi dalam katalog mereka.

Sudah pasti seperti namanya, Suzuki Ertiga Hybrid Cruise ini dilengkapi dengan teknologi Smart Hybrid Vehicle by Suzuki (SHVS) yang digandingkan bersama trenkuasa enjin K15B 1.5 liter. Teknologi ini merangkumi Integrated Started Generator (ISG) dengan bateri Lithium-ION berkapasiti 10 Ah. Sistem ini membolehkan enjin dimatikan disaat kenderaan sedang berhenti secara automatik dan juga membolehkan ianya bergerak menggunakan ISG sewaktu RPM ditekan untuk memberikan sedikit kuasa tambahan tanpa membebankan bahan bakar.

Selain daripada menggunakan teknologi SHVS tersebut, Suzuki Ertiga Hybrid Cruise ini turut diberikan beberapa penambahan kosmetik kecil bagi memastikan ianya kekal menawan hati bakal pembeli. Perubahan tersebut meliputi kemasan garnish pada bampar dan bahagian bawah bampar hadapan untuk lebih kelihatan elegan.

Turut dipasang pada sisi badan adalah New Side Body Decal dan New Side Under Spoiler. Begitu juga pada bahagian belakang yang turut dipasang dengan New Rear Upper Spoiler dan New Rear Garnish Design.

Rekaan dalaman tidak jauh beza dengan Ertiga yang lain seperti meter kluster masih lagi menggunakan jenis analog tetapi telah ditambah dengan fungsi MID berwarna untuk nampak sedikit moden. Sistem Cruise Control juga tersedia untuk varian tertinggi ini.

Harga asas untuk varian ini adalah bermula pada aras harga IDR 290,000,000 (RM88,721) untuk manual dan IDR 301,000,000 (RM92,087) untuk auto.

BACA : SUZUKI XL7, XL ALPHA FF, ERTIGA & ERTIGA SUZUKI SPORT – BENDA YANG SAMA TAPI BERBEZA SEGMEN (DAH TENTU HARGA JUGA)

BACA : SUZUKI XL6. SI ERTIGA CROSSOVER. INI PESAING SEBENAR HONDA BR-V

Google ads

B K

Back to top button