Artikel Pilihan

SUZUKI ERTIGA 2018 BERSEDIA UNTUK DILANCARKAN DI INDIA

Suzuki Ertiga secara amnya dan Suzuki sendiri secara khususnya amatlah handal di bumi India. Dan bukti kehandalannya adalah dengan tertubuhnya Maruti Suzuki India Limited. Kerjasama ini salah satu hasilnya adalah Maruti Suzuki Ertiga di India sekitar tahun 2012 yang lalu. Dan setelah beberapa tahun, Ertiga generasi kedua ini sudah bersedia untuk menemui bakal pembeli di India pada suku ketiga tahun 2018 ini.

BACA :  SUZUKI ERTIGA DREZA DILANCARKAN AWAL 2016

BACA : TAHUKAH ANDA PROTON ERTIGA LEBIH MURAH BERBANDING SUZUKI ERTIGA?

Dan melalui perkhabaran, kelibat Maruti Suzuki Ertiga terbaharu ini telah boleh dilihat atas jalanraya di India sana. Model yang dibangunkan sepenuhnya oleh Maruti Suzuki jelas cuba memenuhi kehendak pasaran terutamanya di India. Tidak syak lagi, pasaran India seumpama lubuk buat Suzuki.

Suzuki Ertiga baharu ini dibina berdasarkan platform Heartect yang baharu. Maka tidak hairanlah model yang mendapat sambutan hangat di India ini lebih panjang dan lebar. Dikhabarkan,Suzuki Ertiga baharu ini berupaya untuk membawa kapasiti sehingga sembilan penumpang. Kemungkinannya barisan hadapan turut mempunyai tiga tali pinggang. Berdasarkan foto risikan yang dikeluarkan oleh laman sesawang GaadiWaadi.com , jelas dari paras rupa belakang Suzuki Ertiga baharu dengan kod nama Maruti YHA tersangatlah lebarnya.

Jelas lampu belakangnya kini menggunakan lampu LED sepenuhnya berbanding model terdahulu. Dengan jarak kelegaan yang sedikit tinggi, khabar angin di India turut bertiup kebarangkalian akan wujud juga varian crossover untuk menampilkan lebih gaya urban.

Berkemungkinan, pilihan enjin asal 1.4 liter K14B akan dikekalkan. Dengan kuasa 94hp dan tork 130 Nm dilihat ideal untuk memberikan penjimatan bahan bakar yang optimum. Soal kuasa kena lupakan buat seketika. Dan pilihan enjin diesel 1.5 turut akan diperkenalkan juga kepada bakal pembeli.

Harga yang dijangka ditawarkan kepada pembeli adalah dijangka bermula pada harga Rs. 7 Lakh atau duit kita lebih kurang RM42,000.

Dan selepas India, Indonesia juga merupakan pasaran Suzuki yang agak penting juga. Tidak mustahil, Suzuki Ertiga baharu ini bakal diperkenalkan kepada pasaran negara jiran kita barangkali seawal tahun hadapan. Tapi yang berangan untuk melihat Ertiga baharu ini dipasaran kita kirim salam banyak-banyak. Stok Proton Ertiga itu pun banyak lagi rasanya di tangan Pengedar.

Kredit Foto : www.gaadiwaadi.com

Google ads

B K

Back to top button