Buletin

SUZUKI ERTIGA 2018 DIPERKENALKAN DI INDONESIA – PLATFORM & ENJIN BAHARU, MAHU CABAR MITSUBISHI EXPANDER  

Selepas enam tahun berada di pasaran, Suzuki Indonesia akhirnya memperkenalkan generasi kedua MPV Ertiga untuk pasaran republik tersebut.

Masih enggan mendedahkan harga jualannya, Ertiga akan ditawarkan dalam empat varian iaitu GA, GL, GX dan GX ESP.

Varian GA hanya dipasang dengan kotak gear manual. Sementara pelanggan yang membeli varian GA, GL, GX dan GX ESP pula boleh memilih di antara transmisi manual atau automatik.

Sebagai model serba baharu, Ertiga 2018 menerima banyak penambahbaikan. MPV itu kini menggunakan platform baharu Heartect yang turut digunakan oleh model Swift, Dzire dan Baleno.

Harus tahu bahawa platform itu membuatkan Ertiga lebih besar dan ringan. Dari segi dimensi, Ertiga kini sepanjang 4,395mm, lebar 1.735mm dan lebih rendah (1.690mm) dengan tapak roda yang sama iaitu 2,740mm.  

Reka bentuknya diserlahkan menerusi gril hadapan, kemasan krom dan lampu hadapan yang kelihatan lebih premium. Manakala bampar yang direka semula, garis sisi, profail belakang, tiang D baharu dan lampu belakang berbentuk L memberikan gaya lebih sporty.

Ertiga dikuasakan oleh enjin bersesaran 1.5 liter yang baru dibangunkan. Mampu menjana kuasa mencecah 104PS dan tork 138Nm, ia dipadankan dengan kotak gear manual lima kelajuan atau automatik empat kelajuan.  

Rangkaian kuasa itu menjanjikan penggunaan bahan apo sekitar 16.7km/l untuk transmisi automatic dan 18.06km/l (manual). Buat masa sekarang, varian Dreza dan yang dilengkapi enjin diesel Multiijet 1.3 liter masih belum ditawarkan di Indonesia.

Ruang kabin Ertiga menerima kemasan beige dua tona dan warna hitam. Di samping panel instrumen baharu dan paparan skrin sentuh bersaiz 6.8 inci pada konsol tengah.

Bergantung kepada varian, kemasan kayu turut digunakan pada stereng, panel pintu dan papan pemuka. Untuk varian GX, ciri-ciri seperti butang penghidup enjin dan Electronic Stability Program (ESP) ada disediakan.

Sejak dilancarkan pada tahun 2012 di Indonesia dan India, lebih 676,000 unit Ertiga berjaya dijual. MPV itu juga dieksport ke lebih 70 buah negara di seluruh dunia.

Google ads
Back to top button