
TEMPAHAN SUZUKI ERTIGA DISEL DIBUKA DI INDONESIA – KE PASARAN FEBRUARI 2017
Suzuki Indomobil Sales di Indonesia sudahpun mula membuka tempahan bagi varian disel Suzuki Ertiga yang dijangka akan masuk ke pasaran pada bulan Februari 2017.
Pilihan kenderaan murah disel bukanlah perkara baru di Indonesia. Innova, Kijang, Mitsubishi Kuda dan Isuzu Panther mungkin antara varian MPV yang popular dengan bahanbakar ini.
Seperti yang kita ketahui, disel masih merupakan bahanapi menjimatkan dibandingkan dengan petrol bagi kapasiti enjin dan jarak perjalanan yang sama.
BACA-PROTON ERTIGA LEBIH MURAH DARI SUZUKI
BACA-BOLEH NAIK GENTING KE ERTIGA?
Ia bukanlah enjin baru. Enjin disel Ertiga telah diperkenalkan di India sejak tahun lalu. Unit D13A 1.3 liter 1248cc Dualjet dikatakan antara yang paling ekonomikal bahanapi dalam kategorinya.
Ia dilengkapi dengan sistem Start/Stop SHVS (Smart Hybrid Vehicle by Suzuki) yang mampu mencatat penggunaan bahanapi sehingga 24km seliter. Kuasa? 200Nm tork pada 1750rpm, sangat sesuai untuk pergerakan kesesakan trafik berhenti-jalan.
Tiada harga yang diumumkan tetapi beberapa spekulasi dari media Indonesia memberitahu ia akan lebih mahal sekitar RP20 juta hingga RP30 juta rupiah (RM6,600 – RM9,900).
Kalau varian disel ini Proton perkenalkan di Malaysia apa kata anda?