Buletin

SUZUKI SWIFT SPORT BAHARU BAKAL DIPERTONTON BULAN DEPAN

Suzuki adalah syarikat yang setia mengeluarkan varian sport untuk model kompak mereka. Jika diperhatikan, Suzuki tidak mempunyai kereta super dan kereta penumpang sport seperti Toyota, Honda, Nissan, Mazda pengeluar lain dari Jepun.

Walau bagaimanapun Suzuki mempunyai pengikutnya tersendiri. Antara sebabnya ialah kenderaan Suzuki sentiasa sesuai untuk digunakan dalam perlumbaan akar umbi seperti di litar mahu pun rali.

Paling mengujakan ialah Monster Tajima yang bertahun-tahun menguasai perlumbaan Pikes Peak dengan jelmaan Suzuki Vitara/Escudo.

Produk Suzuki juga konsisten, tiga model ini iaitu Swift, Vitara dan Jimny begitu popular sejak puluhan lalu.

Satu-satunya produk kereta berprestasi Suzuki ialah Swift Sport, sejarahnya boleh dilihat dari era Swift GTi lagi. Apabila nama GTi mempunyai isu, Suzuki menggantikan dengan Swift Sport sejak tahun 2005.

Pada Pameran Kenderaan Frankfurt ke-67 September depan, Suzuki Motor Corporation akan menayangkan Swift Sport baharu.

Walaupun gambar Swift Sport generasi ketiga sudah didedahkan, spesifikasinya masih tersimpan rapi. Namun suatu yang menarik apabila khabarnya Swift Sport baharu tidak meneruskan legasi penggunaan enjin aspirasi normal 1.6 seperti sebelum ini.

Dikatakan, Swift Sport baharu akan menggunakan enjin turbo 1.4 liter BoosterJet sama seperti Vitara S. Kuasa enjin Vitara S ialah 138 bhp dengan tork 220 Nm. Kuasa itu lebih dari cukup untuk kereta bersaiz kompak dengan berat badan yang ringan. Inilah pocket rocket dari Suzuki!

BACA: FORD FOCUS INI DIPASANGKAN DENGAN ENJIN NISSAN GT-R, KHAS UNTUK PERLUMBAAN PIKES PEAK

BACA: SIAPAKAH SEBENARNYA MICHIO SUZUKI?

Google ads
Back to top button