
SUZUKI SWIFT SPORT BAHARU BAKAL KEMBALI PADA 2027?
Suzuki memperkenalkan kit badan baharu untuk hatchback Swift yang dilihat sebagai petanda awal kepada kemunculan semula model berprestasi tinggi, Swift Sport, pada masa depan.
Dikenali sebagai “Suzuki Sport body kit”, pakej tersebut memberikan imej lebih agresif menerusi tambahan spoiler bibir depan, skirt sisi dan diffuser belakang. Walaupun tampil lebih sporty, tiada perubahan dilakukan pada trenkuasa sedia ada.
Model Swift standard masih menggunakan enjin petrol tiga silinder 1.2 liter bersama sistem mild-hybrid yang menghasilkan kuasa sekitar 61kW dan 112Nm.

Kit ini sememangnya belum mampu menggantikan sepenuhnya Swift Sport terdahulu yang terkenal dengan enjin 1.4 liter turbo berkuasa 103kW dan 230Nm.
Namun begitu, laporan media Jepun mendakwa Suzuki sedang merancang memperkenalkan generasi baharu Swift Sport menjelang 2027.
Di Jepun, kit badan tersebut ditawarkan pada harga 198,000 yen (sekitar RM4,988), tidak termasuk kos pemasangan. Suzuki memaklumkan proses pemasangan kit tiga bahagian itu mengambil masa kira-kira dua jam.
Selain itu, pembeli turut boleh memilih pakej tambahan “Black Aero Package” yang hadir dengan gril hadapan berbeza serta rim berwarna hitam bagi menaikkan lagi karakter sporty model berkenaan.
Suzuki turut menawarkan aksesori lain seperti kemasan pemegang pintu, penutup cermin sisi bercorak gentian karbon dan penutup tangki minyak khas.
- BACA: TEMPAHAN LEAPMOTOR B03X DIBUKA DI EROPAH – 197HP, JARAK GERAK SEHINGGA 382KM
- BACA: KENAPA PENGELUAR TAK PAYUNG JAMINAN KALAU BUAT TEKSI ATAU GRAB?
- BACA: TOYOTA PERKENAL COROLLA CROSS EDISI ULANG TAHUN KE-60 DI JEPUN, HARGA SEKITAR RM98K
- BACA: “MENYUSAHKAN!” ORANG RAMAI KECAM PENGUNJUNG TAMAN BOTANI PERDANA PARKIR TEPI JALAN







