Buletin

SELAMAT DARIPADA DICULIK KERANA PANDAI PANDU KERETA MANUAL

Berita ini mungkin kedengaran macam drama Gerak Khas lakonan A Galak dan Abby Abadi. Peh, sejak bila Abang Japar minat drama Melayu ni?

Tetapi itulah insiden menakutkan yang terpaksa dilalui oleh seorang pelajar perempuan berusia 20 tahun, Jordan Dinsmore. Menurut Dinsmore kejadian tersebut berlaku pada pukul 12.30 tengah malam ketika dia hendak pulang ke rumah dari tempat kerja.

Ketika hendak menghampiri kereta, tiba-tiba tiga orang lelaki muncul dan mengugut akan menembaknya jika Dinsmore menjerit.

Ketika mengarahkan pelajar dari Carolina Selatan itu masuk ke dalam kereta dn menyedari ia bertransmisi manual, salah seorang daripada tiga penjahat tersebut melarikan diri.

Memandangkan kedua-dua orang penjenayah itu tidak pandai memandu kereta manual, Dinsmore kemudian diarah memandu ke sebuah mesin ATM. Selepas mengeluarkan wang AS$300 (RM1,284) dia kembali memandu kereta tersebut.

Walaupun dirayu supaya dilepaskan, penjahat itu sebaliknya mengarahkan Dinsmore memandu ke rumah ibu saudara salah seorang suspek dan mungkin dirogol di sana.

Nekad untuk melepaskan diri, Dinsmore tidak memakai tali pinggang keledar. Apabila kereta mencecah kelajuan sekitar 35km/j, dia meletakkan gear dalam N dan memberanikan diri untuk melompat keluar dari kereta.

Mesti gelabah habis dua ekor tu.

“Saya terus melarikan diri kerana bimbang mereka mengejar saya. Mujurlah ada seorang wanita memberhentikan kereta dan membawa saya ke tempat yang selamat,” kata Dinsmore.

Keesokan harinya, dua orang lelaki berusia 17 dan 15 tahun ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan insiden terbabit.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button