Artikel PilihanBuletin

MICHELIN BUKTIKAN TAYAR SEPARUH BOTAK SEBENARNYA LEBIH BAIK – JANGAN KERAP TUKAR TAYAR!

Kesatuan Eropah telah menggubal undang-undang baru yang menetapkan kadar bunga tayar minimum yang dibenarkan untuk setiap kenderaan. Dengan kata lain, pengguna dilarang menggunakan tayar sehingga botak sepenuhnya.

Namun pembuat tayar terkemuka Michelin membantah regulasi baru tersebut kerana didakwa bercanggah dengan ujian yang mereka jalankan. Kesatuan Eropah menetapkan kadar bunga minimum yang dibenarkan ialah antara julat kedalaman dari 1.6mm hingga 3mm.

Tujuan utama undang-undang baru ini tak lain tak bukan kerana keselamatan. Mereka mendakwa tayar baru mampu berhenti lebih baik berbanding tayar yang telah separuh botak.

BACA: PELAJARI TEKNIK PENJAGAAN TAYAR YANG BETUL

Apa yang lebih mengejutkan ialah apabila Michelin membantah, mendakwa justifikasi tersebut tidak benar. Mereka mempunyai keputusan ujian yang membuktikan sebaliknya.

MICHELIN PRIMACY SUV

Michelin dalam satu siaran media bertajuk “The Truth Abot Worn Tires” mendakwa undang-undang baru ini hanya menyebabkan implikasi alam sekitar dan ekonomi yang buruk. Pengguna terpaksa menukar tayar mereka walaupun dengan kadar bunga 3mm masih berbaki.

Michelin mendakwa ia akan menyebabkan 128 juta unit tayar terbuang setiap tahun di Eropah. Jumlah tersebut menghasilkan 9 juta tan pencemaran CO2 dan bukan itu sahaja, pengguna perlu membelanjakan €6 billion (RM26 billion) untuk tayar yang mereka tak perlukan pun.

Dalam satu kajian bebas yang dilakukan oleh Michelin mendapati, tiada perbezaan pun tahap pemberhentian kenderaan bagi tayar baru dan tayar yang sudah digunakan dalam ujian dia atas permukaan kering.

Mengejutkan, dalam ujian dalam permukaan jalan basah, tayar yang sudah separuh botak berhenti menunjukkan prestasi pemberhentian yang lebih baik berbanding tayar baru.

BACA: INILAH TAYAR PALING MAHAL DI DUNIA!

Perkara seterusnya ialah apa yang kami ingin sentuh tentang etika. Dari satu sudut, tindakan Michelin membantah undang-undang baru ini agak pelik kerana sebenarnya mereka berada dalam situasi menang.

Bayangkan undang-undang baru ini memberi kelebihan kepada pengeluar tayar untuk menjual lebih banyak kan?

Tapi apabila anda berada di satu tahap etika melebihi pertimbangan perniagaan, dalam situasi ini, Michelin nampaknya menyebelahi pengguna.

Syabas Michelin!

 

Google ads
Back to top button