Artikel Pilihan

BAHAYA MENANTI JIKA TAYAR TERLEBIH ANGIN – JANGAN MAIN PAM JE TAYAR TU KAK

Pernah tak masa korang nak pam angin tayar kereta atau motor dan akak sebelum anda mengisi angin sehingga 400 kPa? Biasa kan? Nak tegur pun serba salah sebab perempuan mana pernah buat salah. Haha. Walaupun sebenar 400 kPa tu dah terlalu tinggi tekannya dah boleh mengundang bahaya.

Tekanan angin tayar mestilah berdasarlah kadar yang ditentukan oleh pengeluar kenderaan. Tidak boleh terlalu rendah dan tidak boleh terlalu tinggi. Kebanyakan tayar kereta penumpang biasa mempunyai kadar tekanan angin sekitar 220 ke 240 kPa sahaja. Lebih dari itu memang kira obesiti la tu.

Jadi apa yang bahayanya kalau terlebih angin? Bukan lagi jimat petrol ke? Salah bang. Tayar yang terlebih angin akan menyebabkan kehausan bunga tayar yang tidak sekata. Bising ooo kalau kena macam ni. Ia juga mengakibatkan perjalanan menjadi tidak selesa kerana kadar gegaran yang tinggi dan pada masa yang sama juga akan merosakkan sistem suspensi.

Mari kita tengok apa lagi bahaya tayar terlebih angin.

  1. Tayar Pecah

Ya, jika tekanan terlalu tinggi kemungkinan tayar pecah mungkin berlaku. Jika ia berlaku ketika kenderaan sedang dipandu dengan laju di lebuh raya, ia kemungkinan bakal mengakibatkan kecelakaan. Bayangkan betapa susah nak kawal kenderaan jika berlaku letupan yang mengakibatkan kenderaan kehilangan tayar.

  • Mengurangkan Kawalan Pemandu

Jika tayar terlalu banyak angina, bahagian yang bersentuhan dengan permukaan jalan juga akan menjadi semakin mengecil. Semakin kecil tapak sentuhan bermakna semakin kurang cengkaman. Tayar akan menggelongsor ketika memecut dan keadaan akan menjadi lebih buruk sewaktu membrek. Bahaya weh.

  • Risiko Hydroplanning

Pernah tak terfikir kenapa tayar mempunyai jalur membujur dan melintang pada permukaannya. Jalur ataupun longkang itu sebenarnya dibentuk oleh jurutera untuk memisahkan air dari permukaan jalan dan tayar.

Dalam kelajuan tinggi, tayar boleh terangkat sewaktu melanggar lopak air dan fenomena ini hydroplanning. Kalau tekan brek sekali pun, kereta anda akan terus meluncur ke hadapan. Sebab itulah tekanan angina tayar mesti sesuai supaya air boleh dialirkan secepat mungkin menerusi ‘longkang’ tayar tadi.

Jadi jangan nak memandai-mandai isi angin tayar sampai buncit. Tau la angin tu percuma.

Google ads
Back to top button