Modifikasi

INI MODIFIKASI CARA KITA- PROTON WIRA EVO DENGAN GAYA MDM

Di sebuah jalan separa sesak, saya telah dicucuk sebijik Civic EP3 berekzos perang dengan sadisnya. Cikton kita potong spring je kot, memang tak layak ler nak layan. Walaupun purata kelajuan trafik ketika itu agak perlahan, saya akhirnya mengalah lepas berkali-kali kena acah. Kasi jalan dululah, kita ikut angin dia pun ok juga.

Tak sampai seminit, sayup-sayup nampak kelibatnya mengacah kereta di depan pulak. Sakit perut sangatlah tu, Wira standard naif pun jadi mangsa. Tapi Wira tu tak bagi can langsung. Dia terus meninggalkan EP3 yang nampak terkedek-kedek mengambil selekoh. Geli sungguh ketiak dibuatnya. Sama ada mamat EP3 tu jenis budak baru nak up, atau set suspensinya memang dah bocor sebelah.

BACA: CADANGAN MODIFIKASI PROTON WIRA

Drama terhenti seketika di lampu isyarat dan saya berjaya menyelit manja di sebelah mereka. Melalui pemerhatian, Wira MDM (Malaysia Domestic Model) tu memang nampak biasa ajer. Tapi ekzosnya yang enak menggelegak, memberi gambaran tentang enjin penuh kuasa yang dimilikinya.

Sebaik lampu bertukar hijau, saya dengan yakinnya terus tekan satu enam sambil membiarkan mereka berkanjo di jalan depan. Yer saya kena tinggal…

Natijahnya, jangan suka bongkak membongak. Kalau rasa dah laju sangat, sebenarnya ada lagi yang lebih laju. Dunia modifikasi sekarang mana ada sempadan. Tiara enjin VTEC pun ada.

Wira milik Nazir ni pun tergolong dalam kelompok yang sama. Bahagian luar macam korang pahamlah, santai dengan kit badan MDM yang kembali mendapat tempat ketika ini. Tapi standard sangat pun tak mari jugak.

Jadi ia perlu dipadankan dengan komponen yang bersesuaian. Antaranya hood kustom EVO II, lip depan Wira 1.8L, grill Wira UK Spec dan sedikit potongan pada bumper depannya. Tidak ketinggalan penggunaan cermin jenis cromax, cermin sisi Ganador, skirt sisi Lancer GSR, sunroof EVO II dan cermin belakang berwiper EVO II.

Kedudukan kereta kemudian dilaras menggunakan set suspensi Mines, sekaligus merubah karektor pengendalian. Ruang roda seterusnya diisi rim Volk Racing TE37 (1st Gen) bersaiz 16-inci, beserta tayar Yokohama S-Drive berukuran 205/50R-16. Makin popular pula rim ‘TE Papan’ ni sekarang…

Ruang kokpit agak sama seperti corak modifikasi Wira kebanyakan. Bahagian penting seperti dashboard, konsol tengah dan panel pintu mesti disalin menggunakan perkakasan milik EVO yang lebih gelap. Lain-lain komponen yang menyerikan lagi ruang ini adalah stereng Momo, tempat duduk EVO IV untuk depan dan belakang serta deretan meter Defi dan unit Apexi AFC Neo di atas dashboard.

Enjin adalah yang paling “mari” untuk kereta ini. Bersih dan kemas, walaupun tidak disertakan dengan komponen tingkat kuasa yang melampau-lampau. Wasatiyah sungguh bunyinya.

Salinan enjin 4G63T dari EVO II ini hanya menerima sepasang cam pulley Arospeed di bahagian kepala silinder untuk melaras kembali kadar pemasaan sekiranya perlu.

Unit turbo TD05 asal juga tidak berubah, namun bertugas pada tahap lebih efisyen hasil penempatan wastegate Tial, paip sambungan dan intercooler kustom serta injap pelepas HKS SSQV. Desakan boost yang terbentuk, seterusnya dibawa masuk menerusi unit throttle body Super90. Teknik pelarasan boost? Pakai tulang ikan sudah…

BACA: LAGENDA LANCER EVO SATU, DUA DAN TIGA

Bekalan bahan api dihantar oleh pam petrol Walbro. Ia dibawa ke rel bahan api sambil dikawal regulator Sard. Sementara unit Apexi AFC Neo bertindak memetakan semula jumlah petrol yang diperlukan.

Dah siap. Nak tidur dah ni.

GALERI

 

Google ads
Back to top button