Buletin

TANGGUH RTS HINGGA 31 SEPTEMBER, MALAYSIA BAYAR RM2 JUTA KEPADA SINGAPURA

Malaysia perlu membayar RM2 juta kepada Singapura berikutan penangguhan projek Sistem Transit Rapid (RTS). 

Kos yang perlu dibayar sebelum 30 Julai itu adalah jumlah yang telah dibelanjakan oleh Singapura dan bukannya sebagai pampasan. 

Perkembangan terbaharu itu diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke selepas menandatangani perjanjian tambahan RTS bersama rakan sejawatannya dari Singapura, Khaw Boon Wan di Bangunan Pengendali Pelabuhan Singapura (PSA). 

Penangguhan tersebut membolehkan Malaysia dan Singapura menilai kembali pendekatan serta struktur projek RTS agar ia lebih kos efektif. Langkah itu juga akan memberi masa kepada Malaysia untuk mencari formula terbaik mengurangkan kos projek berkenaan.

Malah, kadar tambang RM15 sehala yang dinyatakan dalam perjanjian asal projek tersebut nyata membebankan rakyat Malaysia yang terpaksa berulang-alik untuk bekerja di republik itu. 

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Khaw Boon Wan menyatakan pihaknya komited untuk memastikan projek RTS dapat diteruskan dengan kos lebih murah. Di samping meneroka inisiatif serta penggunaan teknologi baru dalam menyelesaikan masalah kesesakan di pintu masuk kedua-dua buah negara. 

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Besar Johor, Dr. Sahruddin Jamal berharap projek RTS akan dapat direalisasikan demi kemudahan rakyat Malaysia . Pada masa yang sama dapat mengurangkan kesesakan di Tambak Johor. 

Beliau juga memberitahu kerajaan negeri mengalu-alukan cadangan pembinaan jambatan ketiga yang pernah disuarakan oleh bekas Menteri Besar Johor, Osman Sapian. 

“Kami mahukan RTS dan jambatan ketiga pun bagus juga. Apa jua pembangunan yang memberi keselesaan kepada rakyat Johor sangat dihargai oleh kerajaan negeri,” kata  Sahruddin. 

kredit foto: FB Anthony Loke

Google ads
Back to top button