Motosikal

KTM 790 ADVENTURE 2019 – PENGENDALIAN LEBIH MANTAP, BERMULA RM78,800 SEUNIT

KTM Malaysia baru-baru ini mengumumkan ketibaan model yang ditunggu-tunggu ramai, KTM 790  ADVENTURE ke pasaran tempatan. 

Ia dikatakan sebagai jentera yang merevolusikan segmen dual purpose kerana menawarkan aspek hantaran kuasa, kestabilan, tinggi dan berat kepada penunggang yang memiliki kemahiran tunggangan berbeza. 

KTM 790  ADVENTURE menggunakan khidmat enjin parallel-twin LC8c DOHC bersesaran 799cc. Enjin lapan injap yang kompak itu berupaya menghasilkan kuasa mencecah 94hp dan tork 88Nm.

Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan bersama ciri Power Assist Slipper Clutuch (PASC) yang menjadi trademark KTM sejak sekian lama. 

PASC membolehkan penunggang mengoperasikan klac dengan satu jari sahaja.

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Apabila kelajuan diturunkan secara mendadak atau membrek keras, tekanan klac dilepaskan sedikit supaya tayar belakang tidak membuang, sekaligus memberi lebih keyakinan ketika mengambil selekoh. 

Kerangka motosikal itu dibina agar ringan dan kompak menerusi penggunaan bahagian besi molybdenum lebih nipis. Agihan ketegaran kerangka pula ditala supaya dapat memberi maklum balas yang sporty kepada penunggang. 

Kerangka enjin yang baru itu juga membolehkan ketinggian pelana direndahkan kepada hanya 850mm, walaupun menggunakan rim bersaiz 21 inci di hadapan dan 18 inci di belakang. 

Aspek kestabilan dan pengendalian KTM 790  ADVENTURE dimantapkan lagi menerusi kedudukan tangki minyak yang mempunyai titik graviti rendah. Berkapasiti 20 liter, anda boleh bergerak sejauh 450km sebelum ia perlu diisi semula. 

KTM 790  ADVENTURE didatangkan dengan suspensi WP 43mm terbalik yang dibina khas. Manakala roda belakang pula ditampung oleh penyerap hentak boleh laras dengan pra-bebanan. 

Sebagai sebuah jentera dual-purpose sebenar, ia dilengkapi pelbagai fungsi standard seperti pendikit Ride-by-Wire, Motorcycle Traction Control (MTC) yang sensitif terhadap sudut baringan, Cornering ABS, Offroad ABS dan Offroad Ride Mode.

Pelanggan boleh memasang Rally Pack yang merangkumi Rally Mode. Mode itu membolehkan penunggang memilih tahap gelinciran roda belakang dan maklum balas pendikit bagi disesuaikan dengan kondisi off-road. Satu lagi opsyen ialah Quickshifter+ untuk penukaran gear yang lancar. 

KTM 790  ADVENTURE hadir bersama paparan TFT berwarnayang boleh diintegrasikan dengan telefon pintar menerusi KTM MY RIDE.    

Motosikal yang didatangkan dalam bentuk import sepenuhnya (CBU) itu boleh anda miliki pada harga bermula RM78,800 seunit.   

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button