BuletinMotosikal

TANGKI BAHANAPI 7 LITER Y15ZR DARI ESPADA

Masalah utama yang dihadapi oleh motosikal kapcai ialah kedudukan tangki di bawah pelana yang menyebabkan saiz tangki bahanapi terpaksa dikecilkan, atau lebih tepatnya tidak pernah besar pun bagi mana-mana saiz kapcai dari zaman P Ramlee lagi.

Dan bagi super kapcai pula, tangki kecil ini memang satu masalah bagi yang membuat perjalanan jauh atau bagi yang kaki modified sebab minyak makin pelahap.

Dalam pasaran, cuma Sym VF3i 185cc sahaja yang datang dengan saiz tangki terbesar – 7 liter. Kapcai lain, hanya sekitar 4 liter ++.

Menyedari adanya permintaan terhadap tangki bahanapi lebih besar, syarikat pengeluar aksesori motosikal tempatan, Espada telah menghasilkan tangki berkapasiti 7 liter.

Ia adalah sebagai percubaan mereka untuk melihat permintaan pasaran dan mereka hanya menawarkan produk ini berdasarkan pra-tempahan. Mengejutkan, ia mendapat permintaan tinggi dan sesi pra tempahan pertama telahpun ditutup.

Harga untuk pra tempahan ini ialah RM300.

Secara peribadi, saya rasa, pengeluar sendiri patut merekabentuk kapcai dengan tangki lebih besar. Yamaha Y15ZR misalnya, tangki standard hanya berkapasiti 4.2 liter. Perbatuan yang boleh dicatat bagi satu tangki penuh ialah sektar 130km ke 150km sahaja.

Kalau dah upgrade enjin spesifikasi 65mm misalnya, satu tangki penuh hanya berkisar 100km sahaja, dan kalau full throttle sepanjang konvoi, tak sampai 60-70km sahaja.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh lawati laman facebook Espada seperti di bawah.

https://www.facebook.com/Espada329/

GALERI

Google ads
Back to top button