TASKL 2024 TAWAR HADIAH CABUTAN BERTUAH HONDA CIVIC FK8R TYPE R MUGEN
Anda penggemar kereta dan impikan sebuah Honda Civic FK8R Type R Mugen? Inilah peluang keemasan anda!
Dengan hanya membeli tiket dan tambahan RM28, anda berpeluang membawa pulang sebuah Honda Civic FK8R Type R Mugen yang sudah ditala, sebagai hadiah utama cabutan bertuah di Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL) tahun ini.
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL) akan berlangsung dari 8 hingga 10 November 2024 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Menurutnya, hadiah kereta tersebut adalah hasil kerjasama antara Element X Strategies, pemegang lesen rasmi Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur, dan The House of Type R.
Honda Civic FK8R Type R Mugen tahun 2019 ini dikuasakan oleh enjin turbocharged VTEC dua liter yang mampu menghasilkan 318hp dan 400Nm tork.
Digandingkan dengan transmisi manual enam kelajuan, kereta ini turut dilengkapi dengan pelbagai modifikasi, termasuk:
- Kit badan Mugen
- Gear knob Mugen
- Lampu belakang Mugen
- Rim sukan TE37 Rays bersaiz 20-inci
- Sistem ekzos aftermarket
Cabutan untuk hadiah utama ini akan dilakukan pada hari terakhir acara, 10 November 2024, pada jam 8.00 malam.
Sekiranya pemenang tidak berada di lokasi ketika namanya diumumkan, pihak penganjur akan menghubungi pemenang melalui telefon.
Jika tiada jawapan selepas tiga percubaan, cabutan baru akan dibuat. Pemenang juga perlu menjawab tiga soalan mudah dengan betul.
Bagaimanapun, kos pendaftaran kereta, insurans, cukai jalan, pengangkutan dan semua kos tambahan lain akan ditanggung sepenuhnya oleh pemenang.
Cara Mendapatkan Tiket
Tiket untuk TASKL 2024 boleh dibeli secara atas talian di https://tickets.tokyoautosalonkl.com atau di MITEC semasa acara berlangsung.
Bagi melayakkan diri untuk cabutan bertuah, pembeli tiket hanya perlu menambah RM28. Tiket biasa berharga RM60 untuk sehari, dan RM120 untuk pas tiga hari.
Tiket kanak-kanak berumur antara 6 hingga 12 tahun berharga RM30 sehari atau RM60 untuk pas tiga hari.
Kanak-kanak di bawah umur enam tahun diberi kemasukan percuma, manakala orang kurang upaya (OKU) bersama seorang penjaga layak menerima diskaun 50%.
Pakej Istimewa dan Akses Eksklusif
Untuk mereka yang mahukan pengalaman lebih eksklusif, TASKL 2024 memperkenalkan tiket Express Lane berharga RM80 sehari, dan pas VIP berharga RM150 sehari termasuk akses ke lounge VIP.
Selain itu, terdapat juga akses khas Black Tag berharga RM1,500 yang menawarkan pelbagai keistimewaan seperti parkir valet percuma, akses ke lounge Black Tag dengan minuman tanpa had, akses ke kereta-kereta Jepun di pavilion, serta banyak lagi.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman web rasmi www.tokyoautosalonkl.com atau ikuti platform media sosial Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur di Facebook, Instagram, dan TikTok.
GALERI: