
KENAPA PORSCHE GILAKAN KONFIGURASI RR? ENJIN DUDUK DI BELAKANG SEKALI…
Kalau anda biasa dengan kedudukan enjin dan pacuan roda kereta, anda akan biasa dengan istilah seperti FF (Front Engine, Front Wheel Drive), FR (Front Engine, Rear Wheel Drive), MR (Mid Engine, Rear Wheel Drive) ataupun RR (Rear Engine, Rear Wheel Drive).
Sebenarnya hampir semua kereta di dunia menggunakan rekaan FF dengan enjin berada di depan dan pacuan roda belakang, diikuti dengan FR iaitu enjin depan pacuan roda belakang. Supercar dan hypercar pula akan menggunakan rekaan enjin tengah (atau duduk di belakang pemandu) dan pacuan roda belakang
Kalau anda nak tengok enjin RR, boleh tengok konfigurasi yang digunakan oleh cesi bas ekspress dengan enjin berada di belakang sekali. Malah berada di belakang roda belakang. Bagi kereta dengan enjin, sistem enjin dan kotak gear adalah sangat berat
Berat ini akan menentukan dinamik pengendalian kenderaan, dengan jurutera sedaya upaya akan cuba meletakkan enjin ini rapat ke pusat graviti kenderaan. Semakin rapat enjin dengan pusat graviti, semakin kurang “momen of inersia” yang terjadi.
Hasilnya ialah kereta menjadi semakin agile atau lincah di selekoh. Mazda MX-5 dibina dengan prinsip ini, dengan enjin dirapatkan pada bahagian tengah cesi menjadikan agihan berat pada semua tayar adalah sekata.
Tapi bagi Porsche, mereka memilih konfigurasi RR iaitu enjin belakang dan pacuan roda belakang sebagai rekaan yang paling optimum untuk jentera supercar mereka iaitu Porsche 911. Malah ketika melihat bagaimana enjin Boxer 6 silinder disusun kali pertama pada cesi, penulis terus menggaru kepala
Daripada 10 kereta terpantas di Litar Nurburgring, 3 daripadanya adalah Porsche 911 dan mampu mengalahkan jentera lain yang lebih berkuasa. Adakah Porsche tahu sesuatu yang kita tidak tahu?
Sebenarnya laman sesawang Car&Driver telah menerbitkan satu artikel perbandingan antara susunan enjin RR dan juga MR dengan menggunakan Porsche 911 dan juga Porsche Cayman. Bagi model Cayman, enjin diletakkan di depan gandar belakang, iaitu di belakang pemandu
Bagi Porsche 911, ia diletakkan di belakang gandar roda belakang. Dalam ujian perbandingan, Car&Driver membandingkan 911 dan Cayman dengan memerikan pusat gravitu, polar momen of inersia, ujian pecutan, brek, selekoh, slalom dan step-steering-input maneuver.
Semua data direkodkan dengan menggunakan Racelogic VBOX II SXSL3 Data Logger. Hasil dapatan daripada ujian adalah seperti berikut.
1. Pusat Graviti – 911 memiliki pusat graviti 15mm lebih rendah dari Cayman, dengan tayar belakang menampung 71% keseluruhan berat kenderaan (Cayman 67% sahaja). Semakin berat yang ditanggng oleh tayar belakang, semakin bagus pecutan.
2. Selekoh – Cayman mencatatkan Slip Angle pada 1.8 darjah manakala 911 mencatatkan bacaan 1.0 darjah slip angle semasa memandu laju di selekoh
3. Slalom- 911 mencatatkan halaju tertinggi sekitar 80km/jam manakala Cayman mencatatkan halaju tertinggi 77km/jam
4. Ujian litar pendek -yang melibatkan 5 selekoh, pecutan dan brek menunjukkan 911 memiliki keupyaan brek yang lebih baik , pecutan lebih bagus dan lebih senang untuk melakuakn trail braking (tayar belakang ada cengkaman yang lebih bagus disebabkan kedudukan enjin)
5. Spin Threshold – dengan menetapkan putaran stering pada 90 darjah, semua kereta akan dipandu sehingga terbabas di atas permukaan jalan licin. Cayman terbabas pada halaju 120km/jam manakala 911 terbabas pada halaju 138km/jam
Anda boleh membaca artikel penuh ujian di SINI. Jadi berdasarkan dapatan daripada ujian, boleh disimpulkan bahawa kedudukan enjin pada belakang gandar roda belakang untuk Porsche 911 sebenarnya memberikan kelebihan dari segi pengendalian.
Hal ini juga ada diterangkan dalam video Engineering Explained di bawah