Motosikal

YAMAHA BAKAL LANCAR YZF-R25 V3 DI EICMA?

Yamaha YZF-R25/R3 merupakan antara model yang popular di pasaran global bagi kelas 250/300cc. 

Bagaimanapun, motosikal sportsbike ‘entry-level’ itu masih lagi hadir dengan panel badan dan reka bentuk sama sejak V2 diperkenalkan pada 2019 menggantikan V1 yang debut pada 2015.

*Yamaha YZF-R25

Namun, memetik laporan media Jepun, Young-Machine, Yamaha didakwa bakal melancarkan R25/R3 versi ketiga sekitar bulan November ini di EICMA 2024 yang akan berlangsung di Milan, Itali. 

Meskipun info terperinci masih samar namun difahamkan, R25/R3 akhirnya akan dinaik taraf dengan reka bentuk yang selari dengan keluarga YZF ketika ini antaranya R1, R7 dan R15/R125.

*Yamaha YZF-R1

Ini bermakna, R25/R3 akhirnya akan tampi lebih moden seperti yang diharapkan peminat motosikal tersebut di pasaran global termasuk di Malaysia. Difahamkan, R25/R3 V3 itu juga bakal menerima beberapa peningkatan. 

Segalanya akan terjawab ketika pameran motosikal EICMA 2024 berlangsung November ini. 

Google ads
Back to top button