Buletin

TAWARAN OKTOBER NISSAN – REBAT SEHINGGA RM8,000!

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) baru sahaja memperkenalkan kempen “Tawaran Oktober”.

Ia memberikan rakyat Malaysia tawaran menarik dengan rebat sehingga RM8,000 dan tawaran trade-in jaminan penjimatan untuk kenderaan Nissan.

Orang ramai juga dijemput untuk mengunjungi Karnival Pandu Uji Nissan pada 2 hujung minggu dari 5 hingga 7 Oktober dan 20 hingga 21 Oktober yang diadakan di bilik pameran ETCM terpilik di seluruh negara.

Pandu uji model-model Nissan yang dilengkapi ciri Intelligent Around View Monitor (I-AVM) seperti Nissan Serena S-Hybrid, Navara VL Plus dan X-Trail.

ETCM juga menyediakan servis penggantian Iinflator beg Uudara Takata untuk kenderaan Nissan yang terlibat di lokasi-lokasi terpilih Karrnival Pandu Uji Nissan. Semua kos buruh dan penggantian alat ganti untuk kempen servis ini adalah percuma.

Google ads
Back to top button