Artikel Pilihan

CARA BAHARU PERLAHANKAN PEMANDU LAJU – BETUL KE BERKESAN NI?

Kelajuan dan pemanduan memang tidak dapat dipisahkan. Tak salah memandu laju tapi kena la sesuai dengan tempat dan keadaan. Kalau depan kawasan sekolah dan kampung pun nak pandu laju itu bangang namanya. Ia merupakan satu masalah sebebarnya lebih lagi jika ia melibatkan kawasan desa yang aman damai seperti di Perancis ini contohnya.

Pelbagai cara konvensional sudah digunakan seperti membina bonggol jalan, memasang kamera perangkap halaju dan macam-macam lagi tapi ternyata ianya kurang berkesan dan kini mereka menemui cara baharu dengan mengelirukan visual pemandu menggunakan garisan jalan raya.

Itulah yang dilakukan di sebuah kampung kecil bernama Baune yang terletak hanya satu jam perjalanan dari litar Le Mans. Mereka telah mengecat garisan jalan yang bengkang bengkok di atas permukaan jalan raya menyebabkan kebanyakan pemandu menjadi keliru sehingga ada yang memberhentikan terus kenderaan mereka.

Sebelum rekaan garisan tunggang-langgang itu dihasilkan, ramai penduduk mengadu tentang kenderaan yang dipandu dengan laju di kawasan kediaman mereka. Bukan sedikit tapi hampir 2,300 kenderaan melalui kawasan tersebut saban hari dan kebanyakkannya dipandu dengan laju sama seperti kawasan kedesaan lain di Perancis.

Gregoire Jauneault, timbalan Datuk Bandar Loire-Authion menyatakan, “Ramai pemandu tidak menghormati peraturan jalan raya, jadi kami membuat persediaan lain untuk menghadapi mereka.”

Bandar tersebut membelanjakan lebih USD5,000 untuk mengecat garisan-garisan pelik tersebut. ‘Hasil seni’ ini mungkin tidak cantik tetapi ia memang menarik perhatian pemandu untuk memperlahankan kenderaan mereka.

Jangan bimbang sebab untuk tujuan keselamatan, cat yang digunakan adalah dari jenis non-slip, jadi tak adalah ia akan menjadi licin walaupun dalam keadaan basah pada musim hujan.

Seorang pemandu menyatakan yang garisan-garisan tersebut memang berkesan dan menyebabkab beliau memperlahankan pemandu tapi seorang pemandu lain menyatakan ia cuma berkesan pada kali pertama. Bila sudah selalu menggunakan jalan tersebut, beliau kembali memandu dengan kelajuan biasa. Pulak dah.

Dengan kata lain taktik ni hanya menjadi kepada pemandu yang dating dari luar kawasan. Bagi penduduk tempatan ia tidak akan memberikan hasil yang positif sebab mereka sudah tahu tujuannya. Jeng juga macam ni.

Google ads
Back to top button