Buletin

TC EURO CARS TAWAR PAKEJ SERVIS 5INCAPTUR DAN REBAT UNTUK RENAULT CAPTUR

TC Euro Cars (TCEC) baru-baru ini mengumumkan pakej selepas jualan ‘5inCaptur’ baru untuk crossover urban Renault Captur CKD.

Bukan itu sahaja, rebat sebanyak RM5,000 turut ditawarkan sepanjang tempoh promosi yang berlangsung sekarang sehingga 31 Oktober 2017.

Servis selepas jualan 5inCaptur diperkenalkan untuk menawarkan para pelanggan dengan kemudahan dan lebih penjimatan selama lima tahun. Pakej tersebut merangkumi: 

  • Servis dan penyelenggaraan percuma (alat ganti dan kos buruh) untuk lima tahun atau perbatuan sehingga 100,000km, mana-mana tiba dahulu 
  • Jaminan pengilang selama lima tahun dengan perbatuan tanpa had
  • Bantuan tepi jalan 24 jam secara percuma 
  • Perkhidmatan mengambil dan hantar untuk penyelenggaraan berjadual di pusat servis Renault
  • Servis mobiliti dengan kereta gantian sekiranya alat ganti tidak boleh diperoleh untuk tempoh 48 jam di pusat servis sah, bergantung kepada kebolehdapatan

Pakej servis ‘5inCaptur’ baharu mengikut pakej ‘5inFluence’ yang sudahpun ditawarkan kepada para pemilik Fluence.

SUV kompak itu dijana oleh enjin turbocharged TCe 120 yang mampu menghasilkan kuasa mencecah 120PS dan tork puncak 190Nm pada 2,000rpm. 

Sebagai model pemasangan tempatan dan menerima penarafan EEV, Renault Captur ditawarkan pada harga RM109,000 (di atas jalan termasuk GST, tanpa insurans untuk pendaftaran peribadi di Semenanjung Malaysia). 

Renault Captur hadir dalam empat pilihan warna dua tona yang menarik iaitu: 

  • Warna baru – Merah Flame Red (badan) / hitam (Diamond Black) pada bumbung; tambahan sebanyak RM900 merangkumi plat kaki dan bekas pada bahagian kargo belakang Captur
  • Oren (Arizona Orange) (badan) / Hitam (Diamond Black) pada bumbung
  • Biru (Pacific Blue) (badan) / putih (Ivory) pada bumbung
  • Putih (Ivory) (badan) / Hitam (Diamond Black) pada bumbung

Maklumat lanjut tentang Renault di Malaysia, sila layari laman web www.renault.com.my atau www.facebook.com/RenaultMalaysia.

Google ads
Back to top button