Artikel PilihanBuletin

TEB (TRANSIT ELEVATED BUS) DI CHINA DIDAKWA PROJEK PALSU.

Ingat lagi liputan media berkenaan sistem TEB (Transit Elevated Bus) yang didemonstrasi di China beberapa hari lepas?. Nah. Media di sana melaporkan bahawa projek tersebut adalah satu bentuk penipuan. Ia tidak pernah diiktiraf oleh pihak berkuasa tempatan mahupun badan yang disebut-sebut sebagai pelaburnya.

Ujian lapangan yang dijalankan di bandar Qinhuangdao yang terletak di timur laut China itu dianggap sukses selepas prototaipnya dipersembahkan dalam Beijing International High-Tech Expo kira-kira dua bulan lepas.

china TEB elavated bus (4)

Ia dioperasikan oleh sebuah syarikat tempatan, dikenali sebagai Jinchuang Corp. Sewaktu ujian ini dijalankan, ia hanya bergerak di laluan lurus sepanjang 300 meter, malah pihak berkuasa tempatan tidak dimaklumkan oleh ujian ini, bertentangan dengan apa yang didakwa oleh jurucakap Jinchuang Corp.

Isu seterusnya ialah kegunaannya dalam perspektif dunia realiti. Bas “mengangkang” ini dikatakan mampu menghindari masalah trafik yang sangat teruk di China. Ia membolehkan kenderaan berketinggian 2.1 meter lalu dibawahnya. Apa yang dipersoalkan oleh pihak media ialah ketinggian kenderaan di China yang dibenarkan ialah sehingga 4.2 meter.

china TEB elavated bus (1)

Shanghai Jiaotong University yang dikatakan mengadakan kajian dan usahama TEB juga menafikan terbabit dalam projek dan ujian ini. Dalam satu kenyataan berasingan, pereka TEB Song Youzhou menafikan bahawa mereka menjalankan projek palsu. Sebaliknya yakin bahawa mereka telah melakukan di trek yang betul.

“Ia adalah teknologi masa depan, ia bakal jadi kenyataan untuk menyelesaikan masalah kesesakan trafik di China,” ujar beliau lagi.

Dah sekarang siapa yang betul ni? Takkan bas besar gergasi begini boleh jadi projek “Scam”?

 

Kredit China Xinhua News

 

Google ads
Back to top button