Artikel PilihanBuletin

SUBARU 360 K111 DINOBATKAN SEBAGAI WARISAN SEJARAH DI JEPUN

Anda seorang pemilik Subaru? Ataupun seorang peminat mati keras (die hard) Subaru? Jadi sedikit sebanyak kena la ambil tahu sejarah Subaru. Subaru 360 merupakan nenek moyang kepada model Impreza, Legacy, Forester dan lain-lain termasuklah Subaru E10 dan juga Domingo.

Subaru 360 K111 yang comel tapi pada masa yang sama buruk ini mula diperkenalkan pada tahun 1958 oleh Fuji Heavy Industries Ltd (GFHI) dan telah disenaraikan sebagai warisan bersejarah. Pengiktirafan tersebut telah diberikan oleh Japan Society of Mechanical Engineers (JSME) baru-baru ini.

subaru 360 (1)

Subaru 360 K111 telah menjadi sebahagian dari Mechanical Engineering Heritage untuk tahun 2016. Penganugerahan tersebut dilaksanakan di Auditorium Universitai Tokyo Yayoi sewaktu acara Machine Day and Machine Week. Model comel dalam hodoh ini berada pada kedudukan 78 dalam senarai warisan kejuruteraan mekanikal.

Subaru 360 ini merupakan sebuah kereta mikro dua pintu yang disasarkan untuk kegunaan di bandar. Ia dipasarkan seawal tahun 1958 hinggalah ke tahun 1972 dengan produksi yang mencecah 392,000 unit. Kereta ini cukup laris disebabkan harganya yang murah pada ketika itu. Kalau kereta ini masuk ke pasaran Malaysia pada hari ini rasanya harganya mesti melampau ekoran pelbagai jenis cukai yang dikenakan.

subaru 360 (2)

Ianya cukup dikenali berikutan saiznya yang kompak, berat keseluruhan cuma 410 kilogram, bumbung gentian kaca (fibreglass!) serta pintu yang dibuka ke belakang. Walaupun mempunyai dimensi yang kecil, kereta ini mampu memuatkan 4 penumpang dewasa dalam satu masa. Tapi pastikan bukan penumpang bersaiz heavyweight. Angka 360 itu merujuk kepada sesaran enjin sebanyak 356cc.

Selain dari murah, kereta ini juga direka sebagai respon kepada undang-undang kereta kecil ataupun Kei Car yang diperkenalkan oleh Kerajaan Jepun. Dengan kata lain ini juga nenek moyang Kei Car.

Di negara asalnya kereta ini digelar dengan nama “Ladybug”. Boleh didapati dalam versi dua-pintu, convertible, station wagon dan juga sports. Dikatakan juga sebanyak 10,000 buah model ini berjaya dipasarkan di Amerika Syarikat. Tagline yang digunakan untuk melariskan jualan ialah “Murah dan Hodoh”. Hawau betul.

subaru 360 (5)

Anugerah sebegini sewajarnya juga diadakan di Malaysia. Walaupun kita cuma mempunyai dua syarikat pengeluar yang dominan, Proton dan Perodua. Namun begitu kedua syarikat ini telah melancarkan pelbagai model untuk memenuhi keperluan pengguna seperti anda.

Contohnya Proton Saga yang telah dikeluarkan dengan pelbagai variasi contohnya Saga FX, Saga FLX, Saga Plus dan macam-macam Saga lagi. Itu baru Saga, belum Myvi lagi. Nah, kadang-kadang kami pun sukar membezakannya.

 

Kredit

jsae.or.jp, wikipedia, j-a-d.ocnk.net

Google ads
Back to top button