Buletin

TEMPAHAN KTM 890 SMT 2023 DIBUKA – HANYA 8 UNIT, RM10X,800

Selepas pelancaran global pada April lalu, KTM 890 SMT generasi terbaru dikhabarkan akan masuk pasaran Malaysia tidak lama lagi dengan tempahan telah pun dibuka. 

Kami difahamkan, hanya lapan unit CBU ditawarkan untuk pasaran tempatan dengan harga jualan RM10X,800. 

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, KTM 890 SMT dikuasakan enjin parallel-twin 889cc LC8c yang sama terdapat pada KTM 890 Adventure namun menawarkan kuasa dan tork yang lebih tinggi dengan 105hp dan 100Nm. 

Angka kuasa yang tinggi itu meletakkan 890 SMT sebagai jentera dengan kuasa pecutan tinggi meskipun pada rpm rendah lantas menjadikan motosikal tersebut lebih versatil di jalan raya. 

Selain itu, KTM turut mereka semula bahagian tangki yang kini lebih langsing yang membuatkan penunggang duduk kedalam agar kedudukan menunggang lebih agresif. 

Aerodinamik KTM 890 SMT ini juga dipertingkat dengan penghadang angin yang lebih rendah dan ‘splash guard’ yang terletak pada fork depan. Suspensi WP APEX yang dipadankan bersama rim 17-inci juga menyumbang kepada tunggangan yang lebih responsif. 

Menurut KTM, 890 SMT juga didatangkan dengan beberapa mod menunggang termasuk tetapan khas untuk litar lumba yang membolehkan penunggang menyahaktifkan 10 peringkat sistem traction control mengikut kesesuaian. 

Selain itu, KTM 890 SMT ini juga dilengkapi dengan Cornering Motorcycle Traction Control (MTC) yang mengawal tahap kecondongan motosikal di jalan raya/litar. Dalam pada itu, model baharu ini juga dilengkapi panel meter TFT 5-inci yang anti-calar. 

GALERI

Google ads
Back to top button