
HYUNDAI JUAL KILANG PENGELUARAN DI RUSIA DENGAN HARGA USD111 – JUALAN AKHIR TAHUN KE?
Hyundai merupakan syarikat terbaru yang menjual kilang mereka di Rusia dengan harga 10,000 rubles ataupun USD111 (lebih kurang RM517). Apa pasal murah benar ni?
Kilang tersebut telah dibeli oleh Art-Finance, sebuah firma Rusia namun jualan tersebut turut mempunyai klausa khusus yang menyatakan Hyundai boleh membeli balik kilang tersebut dalam masa dua tahun selepas jualan. Urusniaga tersebut telah diluluskan awal minggu ini dan turut disokong oleh kerajaan Rusia.
Hyundai menyatakan yang mereka akan menanggung kerugian sekitar 287 won (USD219.9 juta. Mereka berharap urusniaga ini dapat diselesaikan hujung tahun ini.

Operasi kilang di St. Petersburg telah digantung sejak Mac 2022 akibat pencerobohan Rusia di Ukraine. Kilang ini berkemampuan menghasilkan lebih 200,000 unit kenderaan setahun dan antara model yang dipasang di sini ialah Hyundai Solaris, Hyundai Creta, Kia Rio dan Kia Rio X-Line.
Pengeluar dari Korea itu bergelut dengan memerosotan pasaran sejak perang Rusia-Ukraine meletus. Mereka berada di kedudukan top 3 pasaran bersama dengan KIA pada tahun sebelumnya tapi untuk tahun ini mereka hanya mampu menjual 6 unit kereta sahaja. Jauh berbeza berbanding 2,892 unit pada tahun sebelumnya.
Pada tahun 2019 Hyundai dan Korea menguasai 22.5 peratus pasaran Rusia dengan jualan mencecah 400,000 unit kenderaan secara keseluruhan.
Beberapa pengeluar kenderaan turut menjual kilang mereka di Rusia dengan harga tak masuk akal sejak tahun lepas. Oktober tahun lepas Nissan juga telah menjual pusat kajian dan pembangunan enjin mereka dengan harga hanya 1 euro dan menanggung kerugian yang mencecah USD687 juta. Sama seperti Hyundai mereka juga turut menyertakan klausa untuk membeli balik pusat tersebut dalam masa enam tahun.





