
CHERY QQ3 EV DILANCARKAN DI INDONESIA MINGGU DEPAN – BATERI 4.3KWH, JARAK GERAK SEHINGGA 420KM
Chery bakal memperkenalkan model terbaharu mereka iaitu Chery QQ3 EV ke pasaran Indonesia dalam masa terdekat.
Model elektrik kompak ini dilihat sebagai antara pilihan baharu yang sesuai untuk pengguna urban dengan reka bentuk unik serta kos penggunaan lebih rendah.
Lebih menarik, model ini didakwa mampu mencapai jarak pemanduan sehingga 420 kilometer bagi satu cas penuh.

Chery Motor Indonesia mengesahkan bahawa model tersebut, yang bakal dikenali sebagai Chery Q di pasaran Indonesia, akan diperkenalkan secara rasmi pada 18 Mei 2026.
Walaupun tampil dengan saiz kecil dan rekaan yang lebih comel, prestasinya tidak boleh dipandang ringan.
Di peringkat global, QQ3 EV ini mempunyai dimensi sekitar 4,195mm panjang dengan jarak roda 2,700mm, yang membolehkan ruang kabin lebih selesa walaupun dalam kategori city car.

Dari segi prestasi, ia ditawarkan dengan dua pilihan motor elektrik:
- 58kW (78hp) untuk pemanduan santai di dalam bandar
- 90kW (121hp) untuk kuasa pecutan lebih responsif
Kedua-dua varian ini menggunakan konfigurasi pacuan roda belakang (RWD).
Bateri yang disediakan pula sehingga 41.3kWh, membolehkan jarak perjalanan antara 310km hingga 420km berdasarkan piawaian CLTC.
Untuk kegunaan harian di bandar, angka ini dianggap mencukupi, malah sesuai juga bagi perjalanan antara bandar jarak sederhana tanpa perlu kerap mengecas.

Sebelum ini, model berkenaan telah menerima sambutan awal yang sangat positif di China, apabila mencatat lebih 56,000 tempahan dalam tempoh hanya dua jam selepas pendaftaran dibuka.
Popularitinya turut diteruskan apabila dipamerkan di Bangkok International Motor Show 2026 dengan nama Chery Q.
Untuk pasaran Malaysia, Chery Q dilaporkan dijangka tiba pada tahun 2027.
- BACA: LAND ROVER DEFENDER FACELIFT TAMPIL LEBIH GARANG, VARIAN EMPAT TEMPAT DUDUK JADI TUMPUAN
- BACA: GEELY MULA LANGKAH BESAR DI EROPAH, BELI FASILITI FORD DI SEPANYOL
- BACA: DENZA B8 DEBUT DI MALAYSIA TAK LAMA LAGI – 603HP, JARAK GERAK 1,040KM (NEDC)
- BACA: MERCEDES-AMG GLC 43 4MATIC COUPÉ NIGHTFALL EDITION DILANCARKAN – HARGA MULA RM518K









