Buletin

PORCHE PANAMERA TURBO EXECUTIVE – LEBIH MEWAH, SPORTY

Tahun 2016 diakhiri dengan pihak Porsche Executive mendedahkan imej dan perindian sebuah model Panamera Turbo Executive yang dihasilkannya.

Pernah ditayangkan kepada umum hanya di acara Los Angeles Auto Show November lalu, Panamera Turbo Executive hadir dengan tapak roda lebih panjang dan senarai ciri mewah sebagai standard.

porsche-panamera-turbo-executive-mekanika-3

Sudahpun menjadi model Panamera yang paling mewah, Porsche Exclusive turut menambah aspek sporty padanya.

BACA: PANAMERA WAGON – REKA BENTUK PORSCHE YANG SEMAKIN ANEH 

BACA: PORSCHE 597 JAGWAGEN –  NENEK MOYANG KEPADA CAYENNE

Panamera Turbo Executive digerakkan oleh enjin turbo V8 bersesaran 4.0 liter berkuasa 550hp yang turut dipasang pada Panamera standard.

porsche-panamera-turbo-executive-mekanika-2

Apa yang membuatkan Turbo Executive lebih istimewa ialah tapak roda lebih panjang, pintu jenis soft close, stereng roda belakang, suspensi udara adaptif pada semua roda, pemanas tempat dduduk dan ruang kabin yang lebih luas.

Di bahagian luar, jentera tersebut dicat dengan warna merah (Carmine Red). Ia juga dilengkapi pakej tambahan SportDesign yang merangkumi diffuser baru, ekzos dan satu set rim berwarna hitam putih.

porsche-panamera-turbo-executive-mekanika-5

Pada ruang kabin pula, tema warna hitamputih diteruskan menerusi dua varian berbeza. Varian pertama menyaksikan tempat duduk, panel pintu dan bahagian bawah papan pemuka dibalut kulit berwarna merah.

Sementara varian kedua hadir bersama kulit berwarna hitam pada tempat duduk. Ia kemudian dikontraskan dengan kemasan merah terang pada konsol tengah, papan pemuka dan panel pintu.

Google ads
Back to top button