Buletin

TEMPAHAN YAMAHA TENERE 700 2023 BAKAL DIBUKA, HARGA SEKITAR RM65K

Motosikal adventure middle weight, Yamaha Tenere 700 2023 dilaporkan bakal memasuki pasaran Malaysia.

Menerusi laporan MotoMalaya, terdapat penjual mengiklankan jentera itu dengan menyatakan tempahan bakal dibuka pada 16 September ini.

Tambahnya lagi, Yamaha Tenere 700 berkemungkinan dilancarkan di Karnival Gen Blu di Kota Kinabalu pada hujung minggu ini.

Untuk pasaran ASEAN, Indonesia terlebih dahulu menerima jentera berkenaan pada Julai lalu, di mana ia didatangkan dalam dua varian iaitu Standard dan Top Spec.

Varian teratas Tenere 700 2023 dilengkapi skrin meter kelajuan TFT dengan Yamaha Communication Control Unit (CCU) yang boleh disambungkan ke telefon pintar melalui aplikasi Yamaha MyRide, manakala versi Standard masih menggunakan skrin monokrom.

Selain itu, terdapat pilihan menu ABS iaitu ABS On, ABS Off serta Rear ABS Off, manakala versi standard hanya ada pilihan ABS On dan Off.

Dari segi kuasa, Yamaha Tenere 700 2023 dipacu oleh enjin 690cc CP2, berupaya menghasilkan 72.3hp pada 8,750rpm dan 67Nm pada 6,500rpm.

Untuk harga pula, Yamaha Tenere 700 2023 bakal diberi tanda harga sekitar RM65,000. – MotoMalaya

Google ads
"
"
Back to top button