
ASTON MARTIN DB5 – GENAP 60 TAHUN USIANYA KINI
Siapa menyangka, sebuah model kereta yang cukup ikonik di dunia dari Britain, Aston Martin DB5 kini telah pun menjaugkau ke usia 60 tahun. Dan bulan September ini, menandakan genapnya 60 tahun model Aston Martin DB5 ketika ianya mula diperkenalkan sehingga kini telah menjadi ikon kepada negara Britain sendiri, sebuah model mewah yang diingini sejak dari itu.
Aston Martin DB5 ini mula diperkenalkan pada tahun 1963 sewaktuFrankfurt Motor Show dan ianya telah direka oleh Carrozzeria Touring Superleggera. Ianya bagi menggantikan model Aston Martin DB4.

Walau pun dari segi bahasa rekaannya tidak terlalu jauh dengan model DB4, namun perubahan ketara dapat dilihat dari segi perubahan tren kuasa yang digunakan. Jikalau DB4 menggunakan enjin yang bersesaran 3,700 liter, namun enjin bersesaran 4,000 liter telah dipilih untuk disumbat ke dalam ruangan enjin bagi memberikan lebih kuasa yang dikehendaki.
Sudah tentu angka sejumlah 282 kuasa kuda dianggap cukup steady untuk sebuah enjin standard di kala itu. Enjin ini pula digandingkan bersama kotak gear lima kelajuan daripada ZF yang telah dipertingkatkan prestasinya.

Dan kemuncak populariti Aston Martin DB5 ini sudah tentulah ketika ianya turut sama beraksi dalam filem James Bond, Goldfinger pada tahun 1964. Tahukah anda bahawa sebanyak empat buah unit DB5 ini dibina khusus untuk filem Goldfinger ini yang mana dua daripadanya ditugaskan untuk turut sama berlakon bersama Sean Connery manakala baki dua unit ditugaskan sebagai tujuan promosi ketika filem ini ditayangkan
Kemudiannya DB5 ini turut pernah beberapa kali muncul sebagai cameo dalam siri terbaharu James Bond; Skyfall , Spectre serta yang terkini No Time To Die.
Selain daripada itu, model DB5 ini juga sebenarnya pernah menarik perhatian beberapa selebriti terkemuka dunia untuk turut sama pernah memilikinya. Sir Paul McCartney daripada The Beetles, George Harrison dan juga Mick Jagger daripada Rolling Stones.

Dan kini, legasi kereta GT milik Aston Martin ini diteruskan menerusi model terkini, DB12, membuktikan bahawa pengeluar dari Britain yang satu ini kekal terkenal dengan prestasi, dinamik, kejuruteraan serta teknologi moden.
BACA : ASTON MARTIN DB12 TAMPIL LEBIH POWER – V8 4.0 LITER TURBO, JANA KUASA 671HP
BACA : ASTON MARTIN DBX707 AMR23 EDITION – INGATKAN MEDICAL F1



