Buletin

TENTERA RUSIA DRIFT KERETA KEBAL SEBERAT 46 TAN

Rusia memang terkenal mempunyai bala tentera yang ramai dan cukup digeruni. Kini, mereka mempunyai satu lagi kemahiran yang mungkin ramai tidak pernah terfikirkan, melakukan drift menggunakan kereta kebal.

Dalam satu klip video berdurasi 26 saat ini, jelas kelihatan sebuah kereta kebal dipandu laju sebelum membuat pusingan seperti drift. Aksi berani itu juga membuatkan ‘tayar’ besi kereta kebal tersebut menghasilkan percikan api.

Kalau drift guna biasa sudah susah, apatah lagi untuk melakukan aksi sama menggunakan kereta kebal seberat 46 tan. Mengikut penerangan video, jentera perang itu ialah model T-80 generasi ketiga.

Menjadi salah satu aset yang penting di medan perang, ia direka dan dibina di Soviet Union. Jentera itu mempunyai panjang 9.7 meter, setinggi 2.29 meter dan menggunakan enjin diesel berkuasa 614hp.

Kereta kebal itu dikatakan memulakan khidmatnya lebih 40 tahun lalu. Namun,  ketahanannya membuatkan ia masih digunakan secara meluas di beberapa buah negara seperti Rusia, Ukraine, Belarus, Kazakhstan, Mesir, Pakistan dan Korea Selatan.

Kadang-kadang, tentera pun nak berseronok juga. Betul tak?

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button