Buletin

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DILANJUTKAN SEHINGGA 14 APRIL

Dalam satu pengumuman secara langsung yang dibuat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijadual dari 18 Mac hingga 31 April akan dilanjutkan sehingga 14 April nanti.

Muhyiddin yang mendapat nasihat dari Majlis Keselamatan Negara juga tidak menafikan PKP mungkin dilanjutkan lagi jika keadaan bertambah buruk.

Beliau bagaimanapun berjanji bagi pihak kerajaan akan terus menyediakan keperluan asas kepada rakyat Malaysia.

Kemudahan utama seperti bekalan makanan, bekalan elektrik, air, kutipan sampah, pembetungan, komunikasi, logistik, keselamatan dan ketenteraman awam dijamin tidak terganggu dalam tempoh ini.

Sebelum ini, kerajaan memberitahu untuk membuat pengumuman pada 30 April, namun mengambilkira keadaan semasa, Perdana Menteri membuat pengumuman lebih awal supaya rakyat Malaysia lebih bersedia dari sudut mental dan fizikal.

Dalam pengumuman tadi juga, Perdana Menteri memberitahu akan mengumumkan pakej ransangan ekonomi yang lebih mesra rakyat pada Jumaat nanti.

Berita selanjutnya akan menyusul.

Google ads
Back to top button