Buletin

BEKAS PEKERJA KILANG DIARAH BAYAR GANTI RUGI RM1.6 JUTA KEPADA TESLA

Seorang bekas pekerja kilang Tesla dilapor perlu membayar pengeluar kenderaan elektrik itu sebanyak AS$400,000 (RM1.6 juta). Ini kerana dia didakwa memberi maklumat kepada wartwan mengenai ketidakcekapan dan kelewatan produksi. 

Bayarn yang perlu dibuat oleh Martin Tripp, bekas juruteknik pemprosesan di Gigafactory Tesla di Nevada, Texas itu merupakan sebahagian daripada penyelesaian yang didedahkan oleh fail mahkamah di Reno. 

Tesla dan Elon Musk terlibat dalam pertelingkahan dengan Tripp pada June apabila ia memecat dan kemudian menyamannya. 

Tesla mendakwa Tripp menghasilkan perisian untuk menggodam sistem operasi pengilangan. Selain mencur rahsia syarikat dan membuat dakwaan palsu kepada wartawan mengenai maklumat yang dicurinya. 

Ketua Hakim, Miranda Du menyatakan Tripp menyifatkan dirinya sebagai seorang ‘whistle blower’ yang telah mengenal pasti kelemahan dan punca kelewatan Tesla dalam menghasilkan 5,000 unit Model 3 setiap minggu.

Berdasarkan kepada fail mahkamah, Tripp tidak menafikan dakwaan Tesla yang dia mencuri rahsia perdagangan. Dia juga tahu bahawa saman baliknya dibayar oleh seorang penjual saham tempoh singkat Tesla. – Reuters

Google ads
Back to top button