" "
Artikel Pilihan

INI SENARAI KERETA BARU TAHUN 2025.

Pertama penulis memohon maaf kerana lambat untuk mengeluarkan senarai kereta baru yang bakal dijual dan sedang dijual di pasaran sekarang. Tahun 2024 menyaksikan kebangkitan jenama dari China yang laju meneroka pasaran jualan kenderaan di dalam negara

Namun pada tahun ini, kita boleh lihat yang jenama tempatan dan jenama Jepun bangun melawan semula dengan memperkenalkan model baru serta model yang dinaiktaraf. Bagi melawan jenama kereta elektrik dari China, jenama Jepun akan memperkenalkan lebih banyak teknologi hibrid dan juga elektrik

1. Proton – baru sahaja memperkenalkan model SUV elektrik e.MAS 7 yang dibangunkan bersama-sama dengan Geely dengan harga yang cukup kompetitif. Bagi model semasa, Proton akan memperkenalkan X50 facelift yang terbaru dengan perubahan luar yang baru, berbeza dengan model 2024 yang hanya diberikan peningkatan produk sahaja.

Namun daripada sumber tidak rasmi, model kegemaran ramai iaitu Proton Saga kemungkinan besar akan dilancarkan dengan menggunakan platform serta enjin yang baru. Desas desus mengatakan ia akan menggunakan enjin 1.5 aspirasi normal dengan pilihan transmisi CV

2. Perodua – antara model yang akan diperkenalkan oleh Perodua ialah sebuah SUV segmen B dengan kod D66B serta Myvi baru dalam varian elektrik, hibrid dan juga petrol. Projek D66B sepatutnya dilancarkan pada tahun 2024 namun tertunda ekoran skandal pemalsuan. Bagi pasaran Indonesia, ia ditawarkan dalam varian 1.5 petrol dan 1.5 HEV

Bagi model MyVi, model konsep kereta elektrik telah dipamerkan pada KLIMS 2024 dengan varian elektrik dengan pasukan R&D telah berkejar ke CATL bagi membangunkan bateri kereta elektrik. Terdapat juga laporan yang mengatakan MyVi akan dipasarkan dengan varian 1.5 hibrid dan juga model permulaan 1.3 petrol

3. Honda – ada meletakkan 2 model menarik semasa KLIMS baru-baru ini iaitu Honda e:N1 iaitu sebuah SUV elektrik yang diasaskan daripada model HRV dan sebenarnya telah dipasarkan di China, UK, Hong Kong dan juga Thailand

Selain memperkenalkan Honda Civic facelift 2025, Honda juga bakal memperkenalkan semula nama Prelude dengan model ini akan mula dilancarkan secara global pada tahun 2025. Sekiranya tepat, model Prelude akan mula memasuki pasaran negara menjelang tahun 2026

4. Toyota – akhir tahun 2024, Toyota memperkenalkan 2 model baru iaitu Toyota Camry HEV dan juga Toyota Corolla Cross HEV. Ini diikuti dengan 3 model sporti yang telah dikemaskini dari barisan Gazoo Racing yang terdiri daripada sedan Corolla GR, GR Yaris dan juga GR Corolla

Namun apa yang ditunggu ialah pengenalan Toyota Vios Hybrid dengan menggunakan trenkuasa 1.5 NR-VEX dengan tetapan 2 motor elektrik yang menjana sehingga 110 kuasa kuda dengan 141Nm tork. Kami juga menjangkakan Toyota Yaris Cross juga akan diperkenalkan pada tahun 2025 selepas Perodua D66B membuat kemunculan

5. Jaecoo – bakal memperkenalkan model plug-in hybrid pertama mereka melalui pengenalan model iaitu Jaecoo J7 PHEV dengan 2 varian samaada 2WD atau AWD. Enjin 1.5 turbo dengan sistem PHEV menjana sekitar 342 kuasa kuda dan 525Nm tork serta mampu dipandu sejauh 100km untuk 1 pengecasan penuh. Setangki 60 liter penuh membolehkan ia dipandu sejauh 1300km. Mantap jugak

6. GWM – selepas kejayaan model 300, GWM akan membawa masuk model yang lebih besar dikenali dengan nama Tank 500 berkapasiti 7 tempat duduk. Model ini dikuasakan dengan enjin 2000cc turbo hibrid menjana 337 hp dan 648Nm tork

Model kedua yang akan dibawa masuk ialah GWM Wey 80 iaitu MPV premium bagi bersaing dengan Vellfire dan Alphard. Namun MPV ini datang dengan sistem PHEV yang menjana 480 kuasa kuda dan 762Nm tork dari enjin 1500cc turbo dan sistem hibrid

7. Zeekr 7X – selepas memperkenalkan Zeekr X dan Zeekr 009, jenama ini akan membawa model ketiga iaitu SUV yang dikenali dengan nama 7X. Ini adalah SUV elektrik sepenuhnyda dengan kapasiti bateri mencapai 75kWh dengan 2 motor elektrik menjana 416 kuasa kuda

Ini membolehkan Zeekr 7X dipandu sejauh 780km untuk satu pengecasan penuh. Bagi model prestasi tinggim ia menjana 637 kuasa kuda dan 710Nm tork dengan keupyaan memecut 0-100km/jam dalam masa 3.8 saat

8. Jetour – merupakan antara jenama baru yang diperkenalkan pada suku pertama tahun 2024 namun masih lagi belum melancarkan apa-apa model setakat ini. Namun Jetour sudahpun menerima tempahan bagi model Dashing serta akan melamcarkan 2 lagi SUV lasak seperto model Jetour T2 (light offroader) dan juga Jetour T1 PHEV

9. Denza – merupakan sub jenama di bawah BYD yang memberi fokus kepada model yang lebih mewah. Denza akan memperkenalakan model D9 iaitu MPV elektrik sepenuhnya dengan jarak 620km untuk satu pengecasan penuh. Denza D9 menjana 368 kuasa kuda dan 470Nm tork dengan 2 motor elektrik atau pilihan satu motor elektrik yang menghasilkan 308 kuasa kuda dan 360Nm tork

10. Deepal – merupakan satu jenama kereta elektrik yang berada di bawah naungan Changan Automobile. Antara model yang akan diperkenalkan ialah SUV Deepal S05 yang akan dibawa masuk oleh Bermaz dikuasakan dengan bateri LFP 56kWh. Motor elekrik pula akan dipasang pada gandar belakang menjana 238 kuasa kuda dan 320Nm tork

Google ads
Back to top button