TIADA RIDER KAMI DIJANGKITI COVID-19 – FOODPANDA
Platform penghantaran makanan berdasarkan kepada permintaan, FoodPanda hari ini menafikan salah seorag penghantarnya dijangkiti COVID-19.
Penafian itu dibuat berikutan satu mesej yang dikongsi dalam aplikasi bual WhatsApp baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan rasmi, FoodPanda menyatakan mesej yang disertakan bersama satu klip video itu mendakwa lelaki dari Jalan Klang Lama merupakan penunggang FoodPanda. Polis kini sedang giat mengesan siapa yang mempunyai kontak dengannya.
“Kami ingin menjelaskan bahawa selepas membuat pemeriksaan dengan para penunggang, tiada yang disyaki atau disahkan mengalami COVID-19,” katanya.
Pihaknya juga berjanji akan terus memantau dan memastikan semua pihak berkepentingan diberitahu berkaitan perkembangan COVID-19 sebelum langkah seterusnya diambil.
FoodPanda menggesa rakyat Malaysia supaya mendapatkan berita daripada sumber yang disahkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan tidak berkongsi berita palsu. – MalayMail