Buletin

SINGAPORE AIRLINES PEROLEH DANA RM56.7 BILION UNTUK TERUS BERNAFAS

Singapore Airlines Ltd. mengumumkan ia berjaya memperoleh dana sebanyak S$19 bilion (RM56.7 bilion) untuk membantu mengharungi krisis Covid-19 yang terus berlanjutan.

Ketika majoriti syarikat penerbangan seluruh dunia sibuk mencari dana untuk terus bertahan sepanjang krisis ini, pemegang saham majoriti Singapore Airlines, Temasek Holdings bersetuju untuk menaja jamin jualan saham dan bon boleh tukar mencecah S$15 bilion (RM44.7 bilion).

Bank terbesar Singapura, DBS Group Holdings Ltd. pula bersetuju menawarkan n pinjaman sebanyak S$4 bilion (RM14.9 bilion).

“Urusniaga ini bukan sahaja melegakan Singapore Airlines dalam menghadapi cabaran kecairan jangka pendek, tetapi mampu mengukuhkan kedudukannya selepas pandemik berakhir.

“Penghantaran pesawat-pesawat generasi baharu yang lebih jimat bahan api dalam tempoh beberapa tahun akan datang mampu memenuhi kapasiti strategi perkembangan syarikat,” kata Ketua Eksekutif Antarabangsa Temasek, Dilhan Pillay Sandrasegara.

Buat masa ini, Singapore Airlines yang merupakan pelanggan utama Airbus SE dan Boeing telah mengurangkan kapasitinya sebanyak 96 peratus dan merehatkan kesemua pesawat-pesawatnya selepas kerajaan Singapura mengeluarkan larangan terhadap transit penumpang asing.- MalaysiaGazette

Google ads
Back to top button