
TIDAK LAMA LAGI GEELY MUNGKIN JADI PEMEGANG SAHAM TERBESAR DAIMLER
Menurut laporan yang disiarkan oleh media jerman Bild am Sonntag Geely berhasrat untuk menjadi pemegang saham terbesar dalam firma automotif Daimler.
Perbincangan pemilikan saham oleh konglomerat dari China itu bukanlah perkara baru. Malah, fima Jerman itu masih berbincang mengenai pengambilalihan 5 peratus pegangan saham sejak November lalu.
Daimler memberitahu, Geely boleh sahaja membeli saham Daimler dari pasaran terbuka. Nampaknya Geely sedang berusaha ke arah itu.
Pemegang saham terbesar Geely sekarang ialah Kuwait Investment Authority dengan sejumlah 6.8 peratus.
Jika laporan ini tepat, Geely mampu mengatasi angka tersebut. Pemegang saham kedua terbesar ialah BlackRock dengan sejumlah 6 peratus.
BACA: GEELY MAHU LOTUS LAWAN PORCHE DAN FERRARI
Menurut laporan berasingan Geely sangat berminat dengan teknologi kenderaan elektrik dan bateri yang dimiliki Daimler. DIkatakan, Geely mahu mengadakan kerjasama pembinaan kenderaan elektrik di fasiliti usahama Daimler-Geely di Wuhan, China.
Geely ketika ini mempunyai saham terbesar dalam Volvo dan LOtus sementara Daimler mempunyai kerjasama dua hala bersama syarikat China iaitu BAIC Motor Corp dan BYD.