Artikel Pilihan

TIP PEMANDUAN DENGAN TRANSMISI CVT

Semua benda di atas dunia tidak akan kekal dan pasti rosak. Apa yang kita boleh kawal ialah cara dan tabiat pemanduan yang berhemah boleh menjadikan kereta kita bertahan dengan lebih lama akibat kehausan biasa. Sama seperti komponen mekanika yang lain, transmisi merupakan satu sistem yang terdedah kepada kelusuhan akibat penggunaan biasa. Samaada cepat atau lambat sahaja.

Apabila Honda memperkenalkan transmisi CVT sekitar 2006 atau 13 tahun yang lepas, banyak cerita dan teori yang timbul berkenaan teknik penjagaan dan pemanduan CVT yang betul. Cerita yang kelakar pun ada. Bengkel masukkan minyak ATF dalam transmisi CVT pun ada. Transmisi CVT yang awal satu ketika dulu banyak dikahwinkan dengan sistem klac bagi menyambungkan transmisi CVT dengan enjin. Sebagai pengguna CVT, kereta penulis sendiri pun sudah mencecah 130k km tanpa sebarang masalah besar.

Jadi kali ini kami akan ulas tips pemanduan dan penyelenggaraan CVT dengan pembaca Mekanika. Ye la, kalau nak baiki bukan murah. Kebanyakan pengeluar menggunakan CVT sebagai salah satu usaha untuk menjimatkan petrol. Jadi jangan terkejut kerana makin banyak pengeluar akan menggunakan CVT lepas ini.

Pemanduan

1. Jangan tekan pedal minyak untuk mengelakkan kereta daripada menggelungsur ke belakang jika menunggu di jalan berbukit. Gunakan brek tangan atau kaki bagi menahan kereta dari mengundur ke belakang

2. Jika anda menggunakan CVT yang berasaskan klac, adalah lebih baik jika anda menggunakan neutral jika berlaku kesesakan dan tidak bergerak. Anda mungkin akan menyebabkan haba terkumpul pada sistem klac, merosakkan sistem klac ataupun klac akan berhenti beroperasi seketika bagi mengelakkan kerosakan berlaku.

3. Walaupun anda dicabar, jangan buat prosedur launch control macam di litar lumba yang mana anda perlu rev enjin tinggi- tinggi dan masuk gear secara mengejut. Transmisi CVT anda mungkin akan rosak cepat sebelum waktunya.

4. Pastikan kereta berhenti sepenuhnya sebelum manukar arah kereta samaada ke depan ataupun ke belakang. (menukar gear dari D kepada R dan dari R kepada D)

5. Walaupun boleh memuatan berat, tapi sebaiknya jangan amalkan selalu bagi memanjangkan jangka hayat CVT. Ia juga akan menyebabkan kereta anda menggunakan lebih banyak petrol. Muatan yang berat pada hemat penulis ialah 4 kampit guni simen, membawa 10 kotak tiles, atau apa sahaja barang yang sepatutnya dibawa oleh kenderaan pacuan empat roda dan lori.

Mazda CX30

6. Bina pecutan secara beransur ansur lepas masuk ke lebuhraya. Cuba kenal di RPM mana tork maksima dihasilkan dan kekalkan operasi enjin di situ. Walaupun RPM anda kekal di 3000 RPM (contohnya) namun kereta anda sedang memecut disebabkan ratio gear sentiasa berubah.

7. Jika kereta anda dilengkapi dengan fungsi paddle shift, jangan malu malu untuk gunakannya. Gunakannya sewaktu memandu di jalan berbukit untuk dapatkan ratio yang sesuai untuk mendaki dan menuruni bukit. Kalau cepat rosak, jurutera tak kan buat fumgsi tue. Buat semak kepala mereka je.

CVT dengan paddle shift bagi Vios

8. Jangan sesekali letak tombol gear pada kedudukan N ketika menuruni bukit. Ia tidak akan menjimatkan petrol dan bebanan brek akan ditanggung sepenuhnya oleh brek. Biarkan CVT mengubah ratio yang sesuai ketika menuruni bukit dan biarkan engine braking berlaku

9. Kalau tersangkut dalam lumpur, cara yang paling bijak ialah minta bantuan kenderaan lain untuk tunda. Melainkan anda memandu Subaru dengan fungsi X-Mode, usaha anda akan menyebabkan tali sawat CVT akan tergelincir.

Penjagaan

10. Tolonglah prihatin dengan sela masa service yang dicadangkan oleh pengeluar dan service ikut masa yang ditetapkan. Pastikan minyak CVT yang digunakan sama seperti yang dicadangkan oleh pengeluar. Tak payah percaya sangat dengan seller facebook twitter insta dan atas talian. Pastikan anda guna minyak yang ori dan spesifikasi yang tepat. Jangan guna minyak gamat atau minyak belacak

11. Cuba bina feel antara anda dengan tranamisi. Kalau rasa CVT ni dah mula perangai lain macam, bawa kereta ke pusat servis dengan segera. Antara perkara yang abnormal ialah pecutan yang lemah, gegaran, bau hangit, sentapan ketika memandu dan sebagainya

12. Kalau hari hari anda pandu di jalan mencabar (kesesakan teruk pada waktu tengahari, sesak di jalan berbukit, pandu laju untuk tempoh yang lama) kemungkinan besar minyak pelincir CVT perlu ditukar lebih awal. Minta bengkel dan mekanik yang biasa untuk buat pemeriksaan.

13. Kalau perlu tunda kereta anda, jangan tunda dengan tayar depan berada di atas jalan. Jika boleh gunakan dolly wheels atau lebih baik gunakan carrier. Lebih selamat pada poket anda.

14. Sesetengah CVT amat sensitif dengan gegaran yang akan dihasilkan oleh enjin. Sebarang gegaran akan menyebabkan kerosakan lain pada CVT. Sebaiknya jika ada gegaran tukar cagak enjin jika terdapat gegaran yang luar biasa pada kereta.

Ini berdasarkan pengalaman penulis yang menggunakan 2 buah kereta dengan transmisi CVT yang berbeza. Jika pembaca ada tip tambaha, boleh la tambah di ruangan komen.

Tags
Google ads
Back to top button