Buletin

PERODUA BEZZA 2020 DIKESAN. BOLEH TAHAN JUGA…

Sejak pagi tadi, beberapa keping foto intipan tersebar dengan kelibat Perodua Bezza apa yang dipercayai versi facelift 2020 sedang berada dalam trak pengangkut.

Ia mungkin dalam perjalanan untuk diagihkan kepada pusat jualan Perodua di seluruh negara dan menerusi beberapa keping gambar itu juga kita dapat melihat gambaran Bezza terkini yang agak menarik untuk dibincangkan.

Kami boleh katakan, perubahan kosmetik pada model baru ini agak ketara.

Bahagian hadapan, lampunya kini lebih tipis di samping rekabentuk bamparnya kini dengan liang udara di kedua-dua sisi yang nampak seakan menjadi bahasa badan baru untuk generasi Perodua selepas Myvi.

Berkemungkinan besar, lampu hadapanya sudah menggunakan teknologi LED.

Untuk bahagian belakang, The Ajerul telah “mengemaskini” bayangan dari imej yang dilihat atas trailer tersebut. Dan apa yang kami boleh katakan, ia berjaya “menyembunyikan” bahagian punggung Bezza yang tinggi itu. Ia kerja kemasan yang bagus.

Apa lagi?

Hanya itu sahaja yang kita ketahui setakat ini. Dari beberapa desas desus berita sebelum ini ada yang memberitahu bahawa akan hadir versi baru Bezza pada Januari nanti.

Maka, tak payah tunggu dah, memang inilah rupa bentuknya!

KREDIT: https://www.car-ideologi.com/

GALERI

Google ads
Back to top button