Buletin

TOL 4 LEBUH RAYA AKAN LEBIH MURAH JIKA PENGAMBILALIHAN BERJAYA – LGE

Pengguna jalan raya akan menikmati bayaran tol lebih murah jika cadangan pengambilalihan empat lebuh raya oleh kerajaan bernilai RM6.2 bilion berjaya. 

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Beliau bagaimanapun insiatif yang melibatkan lebuh raya Kesas, LDP, Sprint dan Smart itu tertakluk kepada kelulusan Kabinet. Kos pengambilalihan akan dibiayai oleh penerbitan bon dan kutipan tol pada waktu puncak. 

Guan Eng memberitahu langkah itu lebih baik daripada membayar pampasan sebanyak RM18 bilion kepada pemegang konsesi lebuh raya berkaitan. 

“Pada 22 Jun lalu, saya ada menggariskan manfaat pengambilalihan ini. Antaranya, kerajaan dapat jimat sebanyak RM5.3 bilion. Manakala pengguna pula boleh berjimat sehingga RM180 juta setahun. Secara prinsipnya, kerajaan akan memberi diskaun sebanyak 30 peratus di luar waktu puncak,” katanya. 

Penerbitan bon RM6.2 bilion dilihat sebagai situasi menang-menang kerana kerajaan dapat berjimat sebanyak RM5.3 bilion dalam bentuk pampasan. Kesas dijangka menerima RM1.3 bilion pampasan, LDP (RM2.4 bilion), Sprint (RM1.98 bilion) dan Smart sebanyak RM369 juta.

Untuk makluman, konsesi lebuh raya dijadual berakhir pada tahun 2028, manakala LDP pada tahun 2030), Sprint (tahun 2034) dan Smart menjelang tahun 2042. 

Menjawab persoalan kenapa kerajaan perlu mengambil alih lebuh raya sedangkan konsesinya akan berakhir dalam tempoh 9 hingga 23 tahun, Guan Eng menyatakan rasional pertama ialah pengguna akan menerima manfaat bayaran tol lebih rendah.

Kedua, tempoh konsesi tidak akan dilanjutkan. Ketiga, ketika tempoh konsesi hampir tamat, caj kesesakan akan dturunkan lagi untuk hanya membayar kos operasi serta penyelenggaraan tanpa sebarang elemen mengambil keuntungan. 

Menurut Guan Eng, tawaran tambahan kepada syarikat konsesi dibuat selepas mendapat nasihat daripada pasukan perunding kewangan profesional. 

Langkah mengurangkan bayaran tol ini merupakan salah satu komitmen kerajaan Pakatan Harapan untuk mengurangkan beban rakyat.   

Tags
Google ads
Back to top button