Buletin

PROTON WIRA KEKAL JUARA KERETA PALING BANYAK DICURI SEJAK 2016

Kehilangan kereta memang satu bentuk bencana kepada pemiliknya. Namun sejak beberapa dekad yang lalu, pengeluar kenderaan mula menaiktaraf sistem keselamatan yang menjadikannya lebih sukar dilarikan. Pun begitu, pencuri juga semakin canggih untuk menggodam apa juga sistem yang dibekalkan namun ia memerlukan kepakaran dan memakan masa.

Kerana itu juga, kereta-kereta yang basic, akan jadi sasaran. Tapi itu tak apa lagi, bila senarai kereta paling banyak hilang dipaparkan semalam, kami masih tidak boleh fikir macamana Proton Wira masih lagi menjadi senarai teratas.

Ya. Proton Wira adalah kereta paling banyak hilang bagi tempoh tiga bulan pertama tahu ini diikuti Iswara dan Perodua Kancil. Berikut ialah senarai kereta hilang mengikut jumlah.

  1. Proton Wira – 127 unit
  2. Proton ISwara – 82 unit
  3. Perodua Kancil – 70 unit
  4. Toyota HIlux – 52 unit
  5. Perodua Myvi – 49 unit
  6. Proton Waja – 41 unit
  7. Proton Saga – 40 unit
  8. Nissan Vanette – 36 unit
  9. Honda Civic – 28 unit
  10. Honda City – 24 unit

Jika melihat pada senarai di atas, hanya Toyota Hilux sahaja yang tergolong dalam kenderaan pikap yang mana memang sejak dahulu lagi memang merupakan model “panas”.

Pun begitu, kadar kehilangan kenderaan sebenarnya sudah menurun dari tahun ke tahun. Terima kasih kepada teknologi pengeluar dan juga peralatan aftermarket seperti pengesan GPS yang membolehkan kereta hilang dikesan dengan lebih pantas.

Google ads
Back to top button