HONDA ACCORD TERBAKAR, TIGA INDIVIDU NYARIS RENTUNG
Tiga individu hampir rentung apabila kereta jenis Honda Accord yang dinaiki tiba-tiba terbakar di kilometer 50, Lebuhraya Kesas susur masuk ke Sri Petaling tengah malam tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul 12.26 tengah malam.
Katanya, sejurus menerima maklumat itu sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Petaling dan BBP Bukit Jalil digegaskan ke lokasi kejadian.
“Setibanya pasukan ke lokasi didapati kereta Honda itu telah terbakar 100 peratus, namun dua daripada mereka yang berbangsa Cina hanya mengalami kecederaan ringan.
“Kebakaran dapat dipadamkan menggunakan dua aliran salur bantu mula daripada pam jentera.” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, api dapat dipadamkan pukul 1.09 minit pagi. – MalaysiaGazette
- BACA: HYUNDAI KONA MAUNA LOA DIPERKENALKAN DI JEPUN – JARAK GERAK 540KM, HARGA RM156K
- BACA: ISUZU D-MAX BLADE TAMPIL RANGGI, LASAK: DILANCARKAN TAK LAMA LAGI, HARGA SEKITAR RM232K
- BACA: CFMOTO 675SR LANCAR NOVEMBER INI – RM38,XXX?
- BACA: TRAGEDI KONVOI: PEMANDU, PENUNGGANG MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI MAUT KENDERAAN BERTEMBUNG