Artikel Pilihan

WAGON BAJET / MPV BAJET: BOLEH JUAL KAH DI SINI?

SHARE

Kita sedia maklum, bahawa dewasa ini pola pemilikan kenderaan sudah berubah. Apa tah lagi pilihan kenderaan yang ditawarkan mampu memenuhi citarasa setiap bakal pembeli. Mahu kereta kecil mampu milik, kita sudah punya Axia atau pun Bezza. Bercitarasakan SUV tempatan dengan gaya premium pun kita sudah punya X70. Sediakan sahaja pengerasnya.

Namun kalau kita perhatikan, sebenarnya masih ada sedikit ruang kosong dalam pasaran yang masih belum diterokai. Mungkin juga pengeluar fikir lompong kosong ini terlalu kecil. Maka tiada siapa yang peduli.

Iya, sebetulnya kita kekurangan atau tiada langsung pilihan untuk segmen Wagon Bajet. Kita mungkin ada Perodua Alza / Proton Ertiga tetapi dengan aras harga melebihi RM50,000 barangkali ianya tidak sesuai untuk diletakkan di bawah posisi bajet.

Toyo Tyre – Leaderboard – Desktop

Perodua dirasakan mempunyai kelebihan jika ingin mengeluarkan sebuah model Wagon Bajet / MPV Bajet. Ingatkah pembaca semua akan model Daihatsu Sigra. Lantas, apa yang perlu dilakukan sekiranya Daihatsu Sigra ini ingin dijelmakan kepada logo Perodua?

Enjin

Di Indonesia, pembeli ditawarkan dengan pilihan enjin 1KR-VE (1.0 liter) dan 3NR-VE (1.2 liter). Tapi kalau di Malaysia, pakai enjin kecil sebegini untuk saiz kenderaan yang besar dianggap dosa besar. Itu belum lagi karang dibuatnya test drive bawa naik ke Genting. Mau semua penumpang kena menolak sampai atas.

Jadinya, Perodua mungkin boleh menyumbat enjin 1NR-VE milik Myi yang bersesaran 1.3 itu. Cumanya Perodua kena tekankan bahawa ianya adalah sebuah model Wagon Bajet dengan kapasiti 5+2 tempat duduk. Ianya bukanlah MPV sebenar.

Penampilan Luaran

Rasanya ini memang merupakan kepakaran bagi Perodua. Brader Karrager percaya Perodua mampu mencantikkan lagi paras rupa Daihatsu Sigra walau pun hanya melibatkan modifikasi asas penukaran bampar hadapan dan belakang.

Cuma bab rim tu, kena bubuh saiz 14 sebagai standard. Rim 13 kancil Moderno pun malu kalau tengok.

Harga

Ok, yang ini merupakan perkara utama dalam penentuan MPV Bajet bagi Segmen A ini. Jikalau Bezza dan Axia pun boleh ditawarkan dengan sebegitu murah, Perodua juga pasti menemui formula untuk menjadikannya mampu milik. Julat harga yang boleh dipertimbangkan sekitar RM41,000 – RM48,000.

Sasaran Pembeli

Yang ini juga penting. Tanpa pembeli siapalah Perodua. Keluarga yang mempunyai tiga hingga empat orang anak pasti cukup sesuai untuk memilikinya. Nak beli MPV yang bersaiz besar mungkin gajinya pula tak berapa nak besar.

Atau pun buat peniaga kecil – kecilan yang berniaga di pasar malam misalannya. Sudah tentu ini adalah jawapannya. Sesekali bawa anak bini pergi ronda Putrajaya pun sedap juga.

Alza dah patut stop production. Lama sangat dah dalam pasaran. Guna sahaja pelantar sedia ada milik daihatsu untuk ganti. Apa pun, ini hanyalah cadangan sahaja. Barang siapa yang ingin membawang, silakanlah dengan cara yang berhemah. Kalau kau tak setuju pun terserah juga.

BACA : DATSUN GO DAN GO+ REMIX LIMITED EDITION – RANGGI TAK?

BACA : DAIHATSU PERKENAL SIGRA DI INDONESIA – BERMULA RM34,000 

Google ads
Back to top button