Artikel Pilihan

TOYOTA DEDAHKAN GRMN YARIS, LEBIH RINGAN, LEBIH TORK

Toyota telah mendedahkan model rasmi GRMN Yaris 2022 di pameran Tokyo Auto Salon hari ini. Model GRM Yaris merupakan model paling ekstrim bagi GR Yaris setakat hari ini dengan penawaran terhad 500 unit sahaja bagi pasaran Jepun. Pembeli yang berminat dengan GRM Yaris perlu mencabut undi bagi membeli model ini

GRMN merupakan singkatan kepada Gazoo Racing Master of Nurburgring dan setakat ini GR Yaris adalah model yang kedua menerima lencana GRMN. Model ini dibangunkan apabila Morizo berhasrat untuk menghasilkan kereta yang berevolusi dengan pantas

Dengan hasil pengalaman daripada perlumbaan, GRMN Yaris dihasilkan dengan ketegaran cesi yang lebih kuat, berat cesi dikurangkan 20kg, lebar ditambah 10mm bagi tujuan aerodinamik serta pusat graviti telah direndahkan 10mm untuk pengendalian yang lebih baik

Antara pembaharuan yang dibuat pada model GRMN Yaris termasuklah

1. kotak gear 6 kelajuan manual ratio pendek dari gear 1 sehingga gear 4 bagi engine power band yang optimum. Bagi tujuan ketahanan dalam perlumbaan, high class alloy steel (SNCM) telah digunakan pada gear 1, 3, 4, dan 5 dan final gear ratio bagi memastikan komponen ini menerima kejutan tork yang tinggi dan tahan pada metal fatigue

2. Bahan Carbon Fibre Reinforce Plastic akan digunakan pada hood, bumbung dan juga spoiler belakang serta kusyen tempat duduk belakang telah dibuka menjadikan GRMN Yaris ini hanya muat 2 oenumpang dalam satu masa. Ini menjimatkan berat GRMN Yaris 20kg lebih ringan

3. Bilangan titik kimpalan (spot welding) telah ditambah sebanyak 545 poin berbanding dengan GR Yaris serta diperkukuhkan dengan bahan perekat khas antara komponen cesi sepanjang 12 meter. Kesannya ketegaran cesi bertambah dan cesi lebih mudah memberi respon kepada input pemandu

4. Enjin 1600cc 3 silinder turbo yang menjana 268 kuasa kuda dikekalkan tapi tork enjin meningkat daripada 370Nm kepada 390Nm

Toyota juga mendedahkan GRMN Yaris akan dihasilkan dalam 3 varian iaitu High Performance, Circuit Package dan Rally Package dengan aksesori yang berbeza. Bagi Circuit Package ia akan dipasang dengan rim BBS GRMN 18 inci, penyerap hentak prestasi tinggi Bilstein, spoiler belakang dihasilkan daripada CFRP, side skirt dan juga lip spoiler.

Bagi Rally Package ia akan menerima penyerap hentak GR, set bar penstabil GR, set pelindung cesi bawah GR, dan juga roll bar GR. Circuit Package dan Rally Package juga berbeza dari segi dimensi, jarak kelegaan dengan permukaan jalan dan juga talaan pada sistem ratio gear

GRMN Yaris bakal dijual pada harga permulaan RM 270,000, meningkat kepada RM 308,000 bagi varian Rally Package dan paling mahal ialah Circuit Package yang ditawarkan pada RM 311,000

Google ads
Back to top button