Artikel Pilihan

TOYOTA GR COROLLA: ENJIN 1.6 3 SILINDER TURBO, 300 KUASA KUDA

Sebut sahaja Toyota Corolla, kita akan bayangkan bahawa ia adalah sebuah kereta eksekutif untuk akauntan yang memakai cermin mata hitam, rambut disikat tepi serta berpersonaliti takut bini. Tapi sebaik sahaja Toyota meletakkan emblem GR, karekter Corolla terus berubah.

Ia tidak menggunakan enjin 1800cc dual VVTi yang lama mahupun enjin M20A FKS Dynamic Force, tapi menggunakan enjin GR Yaris iaitu G16GE-GTS dengan sedikit talaan yang berbeza. Enjin 3 silinder 1600cc ini menjana sekitar 272 kuasa kuda dan 370Nm tork.

Namun bagi kegunaan GR Corolla, ia dipaksa menghasilkan kuasa yang lebih besar iaitu sekitar 300 kuasa kuda dan 370Nm tork. Sebagai perbandingan enjin 4 silinder 2000cc Honda Civic Type R menjana sekitar 306 kuasa kuda dan 400Nm tork.

GR Corolla memiliki dimensi 4410mm panjang, lebar 1850mm, tinggi 1480mm dan jarak antara roda ditetapkan pada 2640mm. Platform ini menggunakan McPherson Strut di bahagian depan dan Double Wishbone di bahagian belakang.

Berikut ialah spesifikasi GR Corolla bagi pasaran Amerika

1. Bahagian luar – menggunakan rekaan luar Corolla Sport tapi perumah tayar depan (front fender) telah dilebarkan sebanyak 20mm manakala perumah tayar belakang dibesarkan sebanyak 30mm bagi menghasilkan rekaan lebar dan sporti

Bahagian belakang menggunakan rekaan 3 paip ekzos bagi meningkatkan kuasa enjin 1600cc ini. Bagi tujuan aerodinamik dan penyejukan untuk perlumbaan litar dan juga rali, jeriji depan direka dengan lebar bagi membolehkan kemasukan udara yang maksima

2. Rekaan dalaman- hanya gear manual 6 kelajuan sahaja yang ditawarkan buat masa ini dengan ratio 3.538 / 2.238 / 1.535 / 1.162 / 1.081 / 0.902 / 3.831 (gear undur). Tombol gear direka pendek bagi membolehkan penukaran gear yang pantas dibuat

Brek parkir masih lagi menggunakan gear mekanikal manual, khusus bagi pemandu professional mengawal kenderaan pada tahp maksimum terutama ketika melakukan aksi drift. Meter untuk GR Corolla dibuat khas selepas mendapat input daripada pelumba professional dan sangat berguna ketika perlumbaan

3. Ekzos 3 lubang – direka bagi meningkatkan kecekapan sistem ekzos dan pada masa sama menghasilkan kuasa yang lebih daripada GR Yaris. Ekzos 3 lubang ini dilengkapi dengan sistem injap bagi mengurangkan tekanan dan juga bunyi pada RPM rendah

4. Platform Corolla – walaupun menggnakan cesi asal Corolla, beberapa perubahan kecil dibuat bagi menghasilkan kestabilan pemanduan pada halaju tinggi terutama ketika mengambil selekoh pada halaju tinggi dengan melebarkan track tayar depan sebanyak 60mm dan track tayar belakang sebanyak 85mm

5. Sistem GR Four 4WD – menggunakan sistem elektronik yang akan mengawal kepingan klac secara berubah-ubah bagi menghantar kuasa kepada tayar depan dan belakang dengan mode 4WD.

Dalam Drive Mode, sistem akan mengawal respon pedal minyak, stering dan perkakasan yang lain mengikut kehendak pemandu dan juga keadaan permukaan jalan. Malah jurutera Toyota menghabiskan banyak masa bagi menetapkan pillow ball bushing, kekerasan spring, penyerap hentak dan juga penjajaran tayar yang sesuai untuk sistem GR Four ini

6. Ketegaran cesi – diperkukuhkan dengan cesi ketegaran tinggi, memasang pendakap khas keluli pada perumah tayar belakang, under floor tunnel dan juga di bahagian depan bagi meningkatkan kestabilan kereta .

Bahagian bumbng pula dihasilkan daripada Carbon Fibre Reinforced Plastic dihasilkan dengan kaedah Sheet Moulding Compound bagi mengurangkan berat, menurunkan pusat graviti dan meningkatkan ketegaran cesi secara keseluruhan.

Brek depan menggunakan cakera berliang 18 inci dengan 4 pot angkup brek manakala brek depan menggunakan cakera 16 inci berliang dengan 2 pot angkup brek

7. Bini tak marah kalau beli – ini kerana GR Corolla dipasang dengan Toyota Safety Sense, masih ada ruang kargo di bahagian belakang, ada 4 pintu dan ruang untuk penumpang lain di belakang

Google ads
Back to top button