
TOYOTA GR SUPRA TRACK EDITION KINI DI MALAYSIA – HARGA BERMULA RM698K
Toyota GR Supra kini hadir dalam edisi khas yang lebih berfokuskan prestasi — dikenali sebagai Track Edition.
Toyota GR Supra Track Edition sudah rasmi diperkenalkan di pasaran Malaysia dengan harga jualan atas jalan tanpa insurans, RM698,000.
Didatangkan dalam jumlah terhad, GR Supra Track Edition ini masih menggunakan enjin 3.0L turbo enam silinder sebaris yang menghasilkan 388PS dan 500Nm tork.

Nadi berkenaan dipadankan bersama transmisi automatik lapan kelajuan yang menghantar kuasa ke roda belakang. Pecutan dari 0 hingga 100 km/j hanya mengambil masa 4.1 saat atau 4.3 saat untuk versi manual.
Apa yang membezakan Track Edition adalah pakej visual dan aerodinamik tambahan, termasuk spoiler belakang jenis “ducktail” daripada gentian karbon, skirt sisi gentian karbon, serta diffuser belakang baharu.
Selain itu, ia diserlahkan lagi melalui rim aloi hitam kusam bersaiz 19-inci yang dibaluti tayar Michelin Pilot Super Sport.

Peningkatan utama termasuk sistem Adaptive Variable Suspension yang ditala semula, Limited Slip Differential dengan pemetaan khas, serta brek Brembo 4-pot dengan cakera hadapan 374mm.
Semua ini bukan sahaja memberikan rupa lebih garang, tetapi juga membantu aspek kecekapan aerodinamik.
Bahagian dalaman pula menampilkan upholsteri Alcantara berwarna hitam dengan jahitan kontras merah, dipadankan bersama kemasan gentian karbon pada beberapa bahagian konsol.

Kelengkapan lain termasuklah sistem audio JBL 12-pembesar suara, skrin paparan head-up berwarna serta tombol gear khas untuk GR Supra versi manual.
Toyota juga melengkapkan model ini dengan ciri keselamatan aktif terkini seperti sistem Pre-Collision, Lane Departure Alert dengan Steering Assist, Adaptive Cruise Control dan Blind Spot Monitor.
Seperti dinyatakan di atas, Toyota GR Supra Track Edition boleh dimiliki pada harga bermula RM698,000.
- BACA: AUTO BAVARIA TERUS UNGGUL DALAM ANUGERAH KELAB KECEMERLANGAN BMW
- BACA: iCAUR DEBUT DI AUTO SHANGHAI 2025, BAKAL TIBA DI MALAYSIA
- BACA: GR YARIS 2025 AT KINI DI MALAYSIA – 300PS, 400Nm, HARGA BERMULA RM325K
- BACA: WRC2 2025 – YOHAN ROSSEL MENDAHULUI SENARAI PEMANDU SETELAH MENANG DI RALLY ISLAS CANARIAS