
HANWAY DEBUT DI MALAYSIA DENGAN HERITAGE 400 – 42HP, RM22,800
Pasaran motosikal tempatan kini dimeriahkan dengan kemunculan jenama motosikal terbaru dari China kali ini menerusi Hanway.
Jenama terbaru diedarkan pihak MZM Bike itu membuat debut sulung di Malaysia dengan mempertaruhkan model cruiser retro, Hanway Heritage 400.

Boleh didapati dengan harga jualan serendah RM22,800, Heritage 400 ini menawarkan 42hp pada 9,500rpm dan 34Nm pada 8,000rpm yang terhasil dari enjin dua silinder 401cc DOHC dengan sistem penyejukan cecair.

Menariknya, Heritage 400 ini merupakan motosikal bercirikan sebuah bobber sekaligus hadir dengan hanya satu tempat duduk secara standard namun pihak Hanway Malaysia akan memberikan tempat duduk belakang kepada pembeli.

Antara perincian lain ditawarkan termasuk:
- tangki bahan api berkapasiti 12L
- rim 16-inci
- fork teleskopik
- penyerap hentak dengan pra-beban
- cakera brek berkembar
- ABS dual-channel
- meter analog dan digital
- berat 198kg

Bagi pasaran Malaysia, Heritage 400 ini hadir dengan dua pilihan warna, Gloss Black dan Matte Black.
GALERI: HANWAY HERITAGE 400











