Buletin

WRC2 2025 – YOHAN ROSSEL MENDAHULUI SENARAI PEMANDU SETELAH MENANG DI RALLY ISLAS CANARIAS

Pemadu rali berasal dari Perancis Yohan Rossel berjaya memenangi perlumbaan keempat kelas WRC2 musim 2025 di Rally Islas Canarias sekali gus mengukuhkan kedudukan beliau selaku pendahulu pungutan mata kategori Pemandu.

Yohan Rossel juga tampak selesa untuk mendahului kempen perlumbaan sulung Rally Islas Canarias dalam kalendar WRC bermula musim ini dari awal perlumbaan bersama Juruarah Arnaud Dunand dengan memandu jentera Citroen C3 Rally2 membabitkan permukaan asfal dan telah mencatatkan masa terpantas 13 daripada 18 peringkat perlumbaan.

Meski pun sudah mendahului, namun Yohan Rossel terus memilih untuk memandu laju pada hari terakhir untuk melebarkan kedudukan masa di hadapan Alejandro Cachón, pemandu tuan rumah terbaik di bumi sendiri dengan kelebihan masa 29.5 saat.

Dengan kejayaan Yohan Rossel ini bermakna beliau berjaya mendahului kelebihan pungutan mata kepada 15 berbanding Oliver Solberg selaku pendahulu sebelum ini. Untuk rekod, Oliver Solberg juga sebetulnya beraksi di sini cuma beliau memilih untuk tidak mengutip mata hanya sekadar mahu menguji kemampuan beliau beraksi di permukaan asfal tempat baharu sahaja.

Alejandro Cachón selaku pemandu tuan rumah Sepanyol sebenarnya telah mencuba sehabis baik untuk mengejar Yohan Rossel yang terbukti cukup laju. Walau pun gagal untuk mengejar podium utama namun setidaknya Alejandro Cachón berjaya memenangi anugerah WRC2 Challanger. Menarik juga Alejandro Cachón apabila beliau memandu jentera Toyota GR Yaris Rally2 dengan menggunakan livery Repsol. Cantik betul tengok.

Podium ketiga menjadi milik pemandu Bulgaria Nikolay Gryazin yang memandu jentera Skoda Fabia RS Rally2 sekali gus mengulangi pencapaian podium di pentas ERC di Rally Siera Morena, Sepanyol sebelum ini.

Efrén Llarena, juara FIA ERC 2022, pasti boleh berbangga dengan keputusan di tempat keempat pada penampilan sulungnya di pentas WRC2, manakala Diego Ruiloba yang menduduki tempat kelima menyertainya sebagai salah seorang daripada tiga pemandu Sepanyol dalam kelompok lima teratas. Emil Lindholm dari Finland melengkapkan enam teratas untuk keputusan di Rally Islas Canarias.

Kredit Foto : WRC

BACA : WRC2 2025 – NIKOLAI GRYAZIN BERSEDIA MEMBURU KEJAYAAN DI RALLY ISLAS CANARIAS

BACA : WRC2 2025 – YOHAN ROSSEL JUGA UNGGUL DI TEMPAT RALLYE MONTE-CARLO

Google ads

B K

Back to top button