Buletin

MITSUBISHI MOTORS RASMI PUSAT 3S BAHARU DI KAJANG

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, bersama rakan pengedarnya Millennium Autohaus Sdn Bhd, telah merasmikan pembukaan pusat 3S (Jualan, Servis & Alat Ganti) terbaru mereka di Kajang.

Dengan pembukaan ini, jumlah pusat 3S Mitsubishi Motors di Lembah Klang kini meningkat kepada 19.

Terletak secara strategik di Lot 1872A, Jalan Semenyih, Kajang 43500, Selangor, pusat baharu ini direka untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin bertambah di Kajang dan kawasan sekitarnya.

Berdiri di atas tanah seluas 15,800 kaki persegi dengan keluasan bangunan 9,600 kaki persegi, pusat ini menawarkan pengalaman menyeluruh jenama Mitsubishi, merangkumi urusan jualan, perkhidmatan selepas jualan dan penyediaan alat Ganti.

Pusat 3S Kajang ini juga akan mempamerkan model-model popular Mitsubishi termasuk Mitsubishi Triton yang memenangi pelbagai anugerah serta Mitsubishi XPANDER yang menjadi pilihan ramai keluarga atas reka bentuk moden, ruang dalaman luas serta kepraktisannya.

Ini merupakan cawangan kedua bagi Millennium Autohaus, selepas kejayaan pembukaan pusat pertamanya di Kota Damansara pada September 2021.

Google ads
Back to top button