
PRO-NET PERKUKUHKAN RANGKAIAN, KINI MEMPUNYAI 40 PENGEDAR PROTON e.MAS
Proton New Energy Technology (PRO-NET), jenama EV nombor satu negara, terus komited memperluaskan akses kepada mobiliti hijau di seluruh Malaysia.
Menjawab peningkatan permintaan terhadap kenderaan elektrik Proton e.MAS, PRO-NET kini memperkukuhkan kehadirannya dengan memperluas rangkaian pengedarnya daripada 31 cawangan yang beroperasi kepada 40 cawangan dilantik secara rasmi.
Langkah ini bukan sekadar memperluaskan bilangan cawangan, sebaliknya bertujuan mempereratkan hubungan Proton e.MAS dengan komuniti setempat di seluruh negara.

Menurutnya, fokus utama adalah untuk mempercepatkan peralihan rakyat Malaysia daripada penggunaan kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) kepada mobiliti elektrik yang lebih bersih dan lestari.
Sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangan ini, Proton e.MAS kini membuka peluang kepada individu atau syarikat yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian pengedarnya di lokasi-lokasi berikut:
- Selangor/Kuala Lumpur – Bangsar, Ampang, Kepong, Sungai Buloh, Subang, Sunway, Klang, Cyberjaya
- Pulau Pinang – Bayan Lepas
- Perak – Sitiawan, Teluk Intan
- Melaka – Bandaraya Melaka
- Johor – Kulai, Tebrau, Iskandar Puteri, Skudai
- Sabah – Sandakan, Tawau
Mereka yang berminat untuk menyertai perjalanan bersama Proton e.MAS sebagai pengedar rasmi boleh menghubungi affendyk@proton.com atau josephchin@proton.com.
Ikuti juga Proton e.MAS untuk berita dan perkembangan terkini di Facebook dan Xiaohongshu (Proton e.MAS Cars), serta di TikTok dan Instagram (@protonemasofficial).